Saturday, July 12, 2014

Menu Buka Puasa: Roti John


Assalamualaikum....

Sedar tak sedar dah hampir separuh bulan kita berpuasa.. mmg rugi kalau sia2 kan bulan yg mulia ni. jadi sblm berakhir ramadhan, mari kita marathon ibadah ^^  selain solat dan qur'an, blh banyakkan amalan bersedekah juga.. kat FB skrg masing2 duk share pasal GAZA kan.. jgn share saje2, selain doa, infak kan sedikit harta kita pada mereka.. blh klik gambar Aman Palestin kat side bar belah kanan ni blog tun ni.. mcm2 cara utk menderma ada :) insyaAllah, walaupon sedikit, besar nilainya pada mereka di sana. lagi pun minggu depan Aman Palestin akan hantar rombongan pakar perubatan utk mmberi bantuan, mungkin bantuan kita pd hari ini boleh menampung kos ubat-ubatan dan perjalanan mereka, insyaAllah :)

Ok lah..nk share menu pula.. sbb tun xberapa kuat nk masuk dapur time puasa kali ni.. jd most of the time, mama yg masak.. tun tolong sikit2 je.. huhu.. tp smlm berkobar2 pula semangat nk wat Roti John ni. ekceli dr last week lg nk buat. tp duk tangguh2.. 

gambo dlm dulang terus haa.. kui kui
Tun buat 2 jenis.. satu inti ayam, satu inti daging.. 2 dulang terus buat smlm. hahaha.. mclm nk jual kt pasar mlm dh rasanya :p  alang2 buat, hantar gi surau dan umah sedara2 sikit :)

Roti John Mudah
Resepi: umie @ myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 250gm daging cincang 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • sedikit garam
  • 3 biji telor
  • sedikit butter
  • 6 keping roti 'finger rolls'
  • sos dan mayonis (jika suka)
Cara2:

  1. Blend bawang dan bawang putih
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  4. Belah dua roti jangan sampai putus
  5. Masukkan telor dalam daging cincang
  6. Pukul sebentar telor+daging
  7. Panaskan butter dlm kuali
  8. Sapukan adunan daging+telor atas roti  - tun letakkan adunan dlm kuali pastu telangkupkan roti atas tu, style org pasar malam masak
  9. Terlangkupkan atas kuali
  10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
  11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
  12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka- tun letak coleslow, timun dan tomato

5 comments:

asyifa mustaffa said... [Reply]

Bulan2 puasa ni la nak tambah amalan kan Tun...x dpt bagi ratus2...ribu2...rm1 pun sudah dikira sedekah....mudah2han apa yg kita infak tu...akan terus smpi pada mereka yg memerlukan. Insyallah.

Tgh pikir juga td ni nak buat roti john...nk kluar membeli roti tu yg mcm ada skit kemalasan tu...tgk la nnti mcm mna...klau rajin..ada la rotinya...tdk..buat le bende lain...

Amie said... [Reply]

Roti john memang sedap kan Tun... anak-anak kalau makan roti john memang tak hengat dunia, main beli jeww... sebab mummynya 'rajin' sangat nak buat ha hahah...

Ayu said... [Reply]

Assalam Tun,
wah sedap nampak roti john tun..akak kalau buat roti john suka letak kentang ..hehe..recipe hana..:)

Mel said... [Reply]

assalam tun.takpe tun tak larat, time larat yang berkobar2 tu mesti lagi sedap hidangan yang dibuat. Yelah sungguh2 buatnya..semalam nampak roti ni kat bandar, tak terbeli pula..beli roti burger je..uhuu

Wattie said... [Reply]

Assalam Tun,
Wahhh bestnya roti john. Anak2 akak ngan mak anak sekali mmg suka Sgt. Tak jemulah kiranya. Pernah buat sekali aja dlm sejarah heheheh