Thursday, February 26, 2015

Daging Goreng Halia & Minyak Bijan


Assalamualaikumm...

Mata sgt2 mengantuk, rasa mcm nk tido je.. tp ptg nnti ada lab.. kalau tido ni sure terlajak.. hihi... lauk ni masak utk lunch semalam. kak yana promote baikk punya cakap sedap, tun pon terus defrost daging ada sikit lg dlm fridge. alhamdulillah, mmg sedap lauk ni.. encik laling makan bertambah, licin terus semua.. hahahahha.. biasa tun masak utk dinner terus. dh ada org licinkan lauk, dinner terpaksa masak lain.



campak terus sayur sbb xberapa nk rajin masak sayur pulak. kih kih.. capsicum yillek, bantai cili padi terus :p tp tun mmg jenis yg suka 'kenyek' cili dlm nasi.. lagi pedas lagi lajuu tun makan. sape2 yg suka bau minyak bijan blh try nih.. ala2 chinese cooking letak sesame oil. kami berdua mmg minat chinese food, so selalu ada minyak bijan kat umah :)

Daging Goreng Halia &  Minyak Bijan
Resepi : Kak Nor
Sumber: kak yana, tun telani


Bahan2:
  • 300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak bijan

  • 1 biji bawang besar ~ dipotong baji
  • 3 ulas bawang putih ~ diketukdan dicincang
  • 1 inci halia muda ~ dihiris
  • 1/3 biji capsicum merah ~ dipotong panjang / dadu- xde, tun telak 2bj cili padi
  • 1/3 biji capsicum hijau ~dipotong panjang / dadu- xde, tun letak brokoli
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • sedikit air
  • sedikit garam
  • daun bawang ~ dipotong 1 inci
  • minyak secukupnya

Cara2:
  • Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan
  • Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 minit. Angkat dan ketepikan - tun goreng smp betul2 masak
  • Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar
  • Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan
  • Masukkan bawang besar, halia dan capsicum.Goreng seketika.
  • Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam
  • Goreng sekejap dan masukkan sedikit air ( lebih kurang 1/4 cawan ) - tun skip step ni, xletak air
  • Masukkan daging yang dah digoreng tadi dan kacau
  • Bila kuah hampir keering masukkan daun bawang.
  • Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2

10 comments:

❤Kamsiah❤ said... [Reply]

Tun..akak suka sgt daging kalau dimasak campur lada hitam..

Gee® said... [Reply]

Nak ckit Tun... terlior taw!

Umie Jazz said... [Reply]

Assalamualaikum..tun.Uj ngidam ni dpt sehiris pun jadilah daging tu...;)

Wani said... [Reply]

salam singgah tun..sedapnya .. ala chinese cooking sebab ada minyak bijan .. nanti nak cuba buat

Wani said... [Reply]

salam singgah tun..sedapnya .. ala chinese cooking sebab ada minyak bijan .. nanti nak cuba buat

asyifa mustaffa said... [Reply]

Lapar! Suka lagi mkn daging dari ayam....
Nmpk pun dah mcm sedap ni...harus la licin kan...:)

Mel said... [Reply]

Assalam tun. Samalah macam mel, suka sangat dengan minyak bijan. Pasti ada stok. Selalu sangat masak daging begini tapi tak pernah pula letak minyak bijan. Mesti kena cuba ni.

Yana Shaiful said... [Reply]

kite geng la tun suka penyek cili api dlm nasi hihii..slalu kna marah dgn cik lalink sbb suka mkn cili..dia jeles sbnarnya sbb dia xtahan pedas hihii..

mmg sedap resepi ni kan..k.yana ratah mcm tu jee

zana fahmi said... [Reply]

Menyelerakan la Tun. Nak2 brokoli tu...

fazian batrisyia said... [Reply]

sedap & menyelerakan