Tuesday, November 10, 2015

Egg and Vegi Dumpling



Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah... alhamdulillah... ada masa menjenguk blog kesayangan slps hampir 2 bulan tinggal.. tak sempat lgsg nk menjenguk.. rindu kat kawan2 GMM, especially yg xde @ x aktif kat fb.InsyaAllah start bln ni akan ada lebih masa untuk ber-blogging :)

Lama sgt x pegang kamera, skill amik gmbr pon dh lari (walaupon sblm ni pon xde la pandai sgt).. tp rasa2nya kamera tu merajuk kot, kelabu je gambar eventho dh cuba meng-edit.. huk huk.. nway, lamaaaa sgt tak mendumpling, sampai lupa cara nk kelim.. haha...1st dumpling jadi bentuk karipap :p


Tun suka guna gyoza pastry ni utk skin dia.. tp ni pun rasa2nya kualiti dia dh jd agak 'kureng' berbanding sblm ni.. sblm ni skin dia putih je, skrg dh jd kuning ala2 wonton skin dah. but still better dari mnguli sendiri. haha... xcukup kerajinan nk mencanai nipis2.

Amik gambar yg kelim cantik je.. yg lain hancusss
Dumpling try n error namanya nih.. sbb mode INSAP lps lunch pizza mkn tahap tak ingat dunia.. huhu.. dinner egg n vegi je.. kalau nk mkn salad xlalu, tp bila sayur2 tu isi dlm dumpling or popia, lajuuuu makan.

Egg & Vegi Dumpling
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • Dumpling skin (tun prefer guna gyoza pastry, 1peket ada lbh kurang 30 keping)
  • 2 biji bawang merah- dadu kecil
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji telur
  • 1/2 genggam daun kucai - potong kecil
  • 1 cawan kubis - cincang dadu halus
  • 1 batang carrot - sagat
  • 1sk minyak bijan 
  • 1sk gula 
  • 1 sk garam
  • 1 sk tepung jagung
  • lada hitam

Cara-cara
  • Pukul telur dan masak telur hancur (scrambled egg)
  • Campurkan semua bahan2 inti. 
  • Masukkan inti dakam skin pastry dan kelim kemas.
  • Panaskan non-stick pan dgn sedikit minyak, susun dumpling dan biar hingga sedikit garing di bahagian bawah.
  • Tuang sedikit air, dan tutup kuali untuk steamkan dumpling. Biarkan hingga kering.
  • Boleh hidang dengan dipping sos atau sos cili.

Cara kelim boleh refer SINI


Sblm ni skin dia cantik je lps steam, tp skrg dah x cantik

Dumpling Dipping Sauce
sumber: tun telani

bahan2:
  • 1/4 c kicap manis
  • 1/2 icnh halia- tumbuk
  • 1 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 bj cili padi- tumbuk
  • 1 sb vinegar- tun guna apple cider vinegar
  • 1 sb minyak bijan

Cara2
  • campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa dia sebati.

6 comments:

Unknown said...

sedapnya.. kat sini tak ada jual kulit tu, memang kena uli sendiri...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tun mcm mana cara nak klim dumpling tu.. akak nak cuba buat lah :)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

tun_telani said...

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) salam kak.. tun ada bagi link cara yg kelim kat entry :)

zila norazila said...

Salam tun akk pun kkdg tenggelam timbul kt fb pun kkdg jew..nie dah free sikit bolehlah update blog n fb laju sikit..tp klu ood kelaut semua x terupdate..he hee moga tun n bby sihat tau..miss u

Acuyuhan said...

sedapnya.. done folo, folo me back k ;) http://acuyuhan.blogspot.my/