Saturday, December 26, 2015

Kuih Lapis Mochi


Assalamualaikummmm :)

Tun kat kampungg sekarangg!!!! ^^ hepi! hepi!! tp esok dh nk gi KL.. pinjam kereta kakak. kakak cuti seminggu je TT sob sob..punya laa cuti 2 minggu.. huhu... tak tau lagi minggu depan plan mcm mana.. huhu.. duk diam2 kat umah mertua je la kot. xpe la, mertua pon mak jugak kan.

loyang 4segi xde yg muat kukusan, tpaksa guna loyang bulat

Dah lama queue resepi ni.. sbb berkenan kat nama dia tu.. bila tgk MOCHI tu terbayang kenyal2 mcm kuih beras jepun tu. tp rupa2nya xde la beza sgt rasa dgn kuih lapis biasa tu.. cuma kenyal sket. 

Ooo... nmpk tak watermark tgh2 gambar tu? sbb geram selalu gambar geng masak2 kne curi.. huhu.. gambar xcantik pon kene curi. aritu tun gugel2 resepi cari idea nk masak bekfes, sekali kuar gmbar mee goreng yg tun masak, tp blog org lain laaa... ish ish.. xhabis2..


tak bawa blk dslr, jd gambar kemera hp je la.. asal ada gmbr dan gmbr sendiri bkn gmbr curi kan :)



Kuih Lapis Mochi
Resepi: Alinah binte ali (FB)
Sumber: tun telani

** tun guna separuh adunan, tu pun penuh loyang 8inch

Bahan (a) :
  • 740 gram gula caster
  • 500 gram tepung beras
  • 300 gram tepung ubi (tapioca flour)
  • 4 tin santan kara (425 ml x 4)
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna pilihan

bahan (b) :
  • 200 ml - 500 ml air

Cara2:
  • Sapukan minyak keliling loyang/acuan. Panaskan air kukusan sehingga mendidih sebelum mengukus kuih.
  • gunakan pemukul dawai dan kacau bahan (a) sehingga rata.kemudian masukkan bahan (b) 1 sudu makan dan di kacau.
  • ulang proses ini dengan memasukkan sesudu demi sesudu sambil di kacau rata, sehingga tekstur menjadi licin.
  • tekstur adunan harus tidak terlalu cair atau terlalu pekat.(tun guna dalam 150ml air utk separuh adunan)
  • kemudian adunan di bagi kepada 3 atau 4 bahagian atau ikut citarasa dan bubuhkan pewarna pilihan.
  • tuangkan satu warna adunan kedalam loyang atau acuan dan kukus selama 10 minit atau sehingga bahagian tengah kuih masak.
  • ulang proses ini sehingga semua lapisan siap di kukus.
  • setelah masak kesemua lapisan, keluarkan dari kukusan dan biarkan sehingga sejuk di dalam loyang. kemudian baru boleh di potong dengan mengunakan pisau plastik

2 comments:

nasa mulia said... [Reply]

Menarik warna tu...biasa jugak makan mochi yang bulat2 tu.

Othman Zan said... [Reply]

Assalam. First time dengar mochi mochi tu.. sedap agaknya?