Sunday, February 14, 2016

Chewy Gooey Brownies




Assalamualaikummmm :)

Haaa... 2 entries sekali arini ni.. hahahaha... sempena bday encik laling ku terchenta (walaupon daku sgt degil kadang2 suka cari gaduh tanpa sebab, merajuk pon xpasal2, terima kasih kerana selalu bersabar menghadapi nya.. hehe..) 

Sebab masa mencemburui.. cewah.... mcm bz beno.. ekceli tun terlupa yg encik laling outstation, n flight tghari td, so xde la sempat nk buat cheesecake kegemaran encik laling ku itu.. jd ganti dgn brownies (yg sebenornya tuan badan yg nk makan.. hahaha).. xpe la, asalkan ada kan. 

Ni resepi yg sangat2 sedap di tekak tun.. siyes tak tipuu... kalau tipu dose.. sesuai dgn nama dia.. chewyy gooeyy hevenly chocolatyyy.. sekali makan kene jogging 2km. hehe...


texture yg dense, padat dgn coklat.. kerat kecik2 je sekali makan ye.. jangan baham mcm makan kek, nnti kene diet seminggu..

Chewy Gooey Brownies
Resepi: Sister's Cakery, Ourkizuna
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8")

A:

  • 170g cooking chocolate
  • 90g butter
  • 35g coco powder
B:
  • 100g tepung
  • 1/4ts garam
  • 1/4ts baking powder
C:
  •  2 biji telur + 1 kuning telur
  • 180g gula castor
  • 1sk esen vanilla


Cara2:

  • Cairkan bahan A secara double boiler atau guna microwave. tun guna microwave, senang kije.
  • Ayakkan bahan B.


  • Pukul telur sampai kembang dan masukkan esen vanilla. Masukkan bahan A (coklat) yang telah dicairkan dan gaul rata.
  • Masukkan bahan B (tepung yang telah di ayak).
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30-35 minit.
tak cantik pulak gambar ni.. terang sgt.. utk corak tu, gunting bentuk love kat kertas, then ayak gula icing



Nyum nyum.. nampak tak berkerak kat atas, pastu dalam dia lembab dan padat.. sedap oooo... ni bungkus kasi kat anak2 usrah encik laling.

4 comments:

Kamsiah Yusoff said... [Reply]

kalau jumpa kek ni..akak langgar pantang larang diet..

Norhayati Mohd Isa said... [Reply]

Akak smlm tengok kat FB.. tun tayang kek ni.. cucur air liur tengok dgn anak. Anak akak siap ckp minta resepi dia mama.. terima kasih tun share kat blog ni.. nanti nak cuba.. akak lagi lah tun.. tak ada diet.. belasah jer hihihi

Yuk Baiq said... [Reply]

urm....berair mulut tngok brownies nie...lmbab je..msti sdap..kna cuba buat nie...


klau sudi bleh lar melawat n follow blog sy...baru nak blajr jd blogger hihi
http://perniagaan-yuk.blogspot.my/

Ayu said... [Reply]

Assalam Tun,
brownies my favourite...
lama dah tak singgah sini..
harap Tun & family sihat2 selalu...:)