Tuesday, September 5, 2017

Mee Goreng Daging Simple Sepantas Kilat


Assalamualaikum

Kawan-kawan breakfast apa tadi?  Tun goreng Mee Goreng Daging versi simple dimple sepantas kilat dah siap.

Semua nak cepat. Anak anak tak kasi can Mama masak dengan awal. Subuh dah bangun.

Nasib baik Mama jenis masak campak2, sempat siap sebelum Abi gi kerja. Sambil dukung Hasha pon boleh ambil gambar lagi tau.

Tun share resepi untuk semua suri suri hati suami yang mencari resepi sedap dan cepat untuk keluarga. Pasti makin senyummm je encik suami bila kenyang sebelum gi kerja. 

Simple je, tp Encik laling tun menambah 2 kali.. hihi
Gambar Hp je, tak sempat nak amik gambar cantik sket, Hasha duk bergantung. huhu


Mee Goreng Daging Simple
Resepi: Tun Telani

Bahan-bahan
  • Daging secukup rasa- potong nipis, gaul garam kunyit
  • Mee Kuning sepeket 500g- rendam air panas dan toskan.
  • 4 ulas bawang putih- tumbuk
  • 3 sudu besar cili giling
  • Kicap manis secukup rasa
  • Sawi seikatGaram secukup rasa

Cara-cara
  • Goreng daging hingga masak, ketepikan. Tun goreng dalam 3-4minit je, dah masak elok.
  • Guna minyak goreng daging tadi untuk tumis bawang putih. Baru sedap tauu. Tun goreng mee tak guna bawang merah. Nak cepat. Kih kih
  • Masukkan cili giling. Masak sampai naik minyak.
  •  Masukkan sawi dan kicap manis. Tun tuang je, agak-agak cantik warna.
  • Biar sawi layu jap, masukkan mee kuning dan daging tadi.
  • Gaul-gaul. Perasakan garam. Kalau nak basah, tambah air sikit.
  •  Siapppp... Boleh laa hidang untuk encik husband yang nak gi kerje tu.

Senang kann.. sambil-sambil kejar anak siap masak 💗 Lepas breakfast makan #lecithin dan #omegaGuard. Taknak lemak lemak nakal lekat dalam badan. Nak encik suami je lekat di hati 🤣








Tun pengedar Shaklee berdaftar (SID: 1261295). Boleh wasap 019-932-1450 (klik wasap) untuk sebarang pertanyaan.

Kalau nak beli apa-apa produk Shaklee tanpa orang tengah, boleh klik gambar di bawah 😄 pembelian melalui debit/kredit card. (Tapi kalau Order dengan Tun, Tun boleh bagi harga kasih sayang tau berbanding dengan beli kat web.. hihi)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe1fa775d818957a76304c35e1939355

1 comment:

Phong Hong said...

Looks delicious, Nak cuba!