Monday, January 1, 2018

PAU LEMBUT GEBUS GEBAS



Assalamualaikummmm...

Happy New Yearrrr.. tahun ni tun berazam nak cuba update blog.. haha.. semoga mampu.

Pau buat lama dah nii.. 3 minggu lepas. Update kat FB je.. ni baru nk kopipes..

Memang sangat lebut dan gebus. Doh pun senang nak bentuk. Kukus pagi, simpan tupperware, petang masih lembut dan gebus.

Tun buat inti kacang merah dan kosong. Yang plain tu letak warna sikit dan pintal2. Hasha makan yang plain.
 
Uli Breadmaker je
 PAU LEMBUT GEBUS GEBAS
Sumber: kak yatie
Sumber: tun telani

Bahan-bahan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk garam
  • 1/2 cwn minyak
  • 2 1/4 cwn air
  • 11 gm yis (sepeket Mauripan)
  • 1 sb gula
  • 2 sb susu pekat manis
  • 1 biji telur

Cara-cara:

Masukkan yis dan sedikit tepung dalam air. Tunggu hingga berbuih. Ini nak pastikan yis tu hidup, supaya tak membazir nanti.
Satukan semua bahan. Uli hingga licin dan tak melekat di tangan.
(Tun guna BM setting doh 14minit, uli 2kali)
Biarkan hingga doh kembang dalam 5-10 minit. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Uli kejap.
Ambil sedikit doh, letak inti kegemaran.
Biarkan naik 2 kali ganda.
Sebelum kukus, pastikan air kukusan dah mendidih. Kukus pau selama 7-10 minit.

bulat-bulatkan inti duluu

isi dlm pau

susun atas alas cupcake

kembang blh kukus


🔽🔽🔽

Untuk frozenkan pau, dh kukus. sejukkan dulu. Pastu susun atas dulang. Frozenkan sampai keras sebelum masukkan dalam plastik. InsyaAllah tak melekat.

Kukus pau frozen dalam 5 minit. Selamat mencuba tauu 😊


dah keras baru masuk plastik







No comments: