Wednesday, July 11, 2018

Durian Muda Masak Lemak


Assalamualaikummmmmmm :)

Siapa pernah makan nenu niii??? Hehe... Tun 1st time masak dan 1st time makan. 

Tahun ni lebat juga durian kat kebun, tapi banyakkkk yang blom besar dah gugur. Sob sob.. Sebelum ni besar besar tapak tangan gugur, takde la sedih sangat. Bila besar besar peha yang gugur, rasa sangat tragis. Huhu... Sebab sayang jadi, kita cuba selamatkan.


Cili tu cuma hiasan untuk cantikkan gambar


Tun gugel resepi indon ada few yang keluar. Tapi kita cuba masak lemak dulu.

Hasil dia.. Heran giler

Heran sebab sedap. Hahaha... Licin sekali hadap.

Kalau siapa2 yang ada kebun, atau kalau tersalah beli durian yang isi keras boleh cuba masak lemak camni.




Resepi simple je

Bahan-bahan:

  • 10-12 ulas buah durian mengkal (muda/keras)- buang biji
  • 1 biji bawang besar - mayang kasar
  • Segenggam ikan bilis- rendam, tos, dan tumbuk kasar
  • Santan pekat
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara

  • Masukkan isi durian, bawang besar, ikan bilis dan sedikit air dalam periuk.
  • Masak hingga mendidih.
  • Masukkan santan dan masak dengan api perlahan hingga durian sedikit lembut (jangan masak lama sampai lembik dan hancur)
  • Perasakan garam dan lada hitam.
  • Siap!

Makan dengan ikan goreng dan sambal kicap atau sambal belacan 😍

Cuba tauuu!


💗💗💗💗💗💗💗💗💗




Tun pengedar Shaklee berdaftar (SID: 1261295). Boleh wasap 019-932-1450 (klik wasap) untuk sebarang pertanyaan.

Kalau nak beli apa-apa produk Shaklee tanpa orang tengah, boleh klik gambar di bawah 😄 pembelian melalui debit/kredit card. (Tapi kalau Order dengan Tun, Tun boleh bagi harga kasih sayang tau berbanding dengan beli kat web.. hihi)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe1fa775d818957a76304c35e1939355




#tuntelanikitchen
#ShakleeByTunTelani
#resepi #sayamasak #bloggermasakan #foodie #foodblogger #foodporn #durian


6 comments:

Kak Rose said...

boleh cuba ni... kat kampung, banyak durian x masak gugur sbb cik mon punya kerja tu nnti boleh lah cuba resepi ni... tq tun.

tun_telani said...

Sayang kan kak buah durian muda2 gugur.
Bila masak xde la terkilan sangat

Gee® said...

Alahai... k.gee tak makan durian...

tun_telani said...

Ye ke kak?? Jarang tun jumpa orang tak makan durian

HeNRieTTa JoSe said...

tak pernah dgr, apatah lg rasa...menarik ni...

ilahjy said...

Lps ni tun msk kari pula yeee