Saturday, July 21, 2018

Kek Marble Santan Mudah



Assalamualaikummm...

Lama berusaha untuk update, akhirnya berjaya juga. Sabo je laa..

Rasa-rasa perlu pergi kursus time management ni. Haha.. orang lain anak ramai, kerja lagi.. still terurus kehidupan.



Nway, ni kek yang paling cepat nak buat. Bila time emergency orang nak datang tiba-tiba, memang sesuai buat ni.

Kek ni Tun buat masa x-students Mama Tun datang beraya aritu. Tak sempat nak masak kuih banyak-banyak. Buat puding susu satu, kek ni satu. 




Tun olah resepi letak santan. Sebab pernah makan kek letak santan ganti susu, memang lagi sedap tau. Bila makan sejuk sejuk dah macam aiskrim, lembut gebu sangat.

Selamat mencuba!

Kek Marble Santan Mudah
Adaptasi dari Kek Span Asas: sweet4ever@myr
Resepi: tun telani

Bahan-bahan


  • 150 g tepung gandum
  • 150 g gula kastor
  • 5 biji telur A
  • 1 sb ovalette
  • 80 ml santan
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk esen vanilla 
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • sedikit pewarna pilihan

Cara-cara
  • Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi ( bergantung kepada pengadun)
  • Perlahankan kelajuan dan masukkan santan dan esen vanilla. Pukul dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan. 
  • Masukkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. 
  • Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk coklat, 2 lagi masukkan perwarna pilihan. 
  • Alas loyang 8" dengan kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  • Telangkupkan kek di atas redai kek hingga sejuk.


💗💗💗💗💗💗💗💗💗




Tun pengedar Shaklee berdaftar (SID: 1261295). Boleh wasap 019-932-1450 (klik wasap) untuk sebarang pertanyaan.

Kalau nak beli apa-apa produk Shaklee tanpa orang tengah, boleh klik gambar di bawah 😄 pembelian melalui debit/kredit card. (Tapi kalau Order dengan Tun, Tun boleh bagi harga kasih sayang tau berbanding dengan beli kat web.. hihi)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe1fa775d818957a76304c35e1939355





.
.
.



#tuntelanikitchen
#ShakleeByTunTelani
#resepi #sayamasak #bloggermasakan #foodie #foodblogger
 

2 comments:

Gee® said...

Tun..! gebusnyaaa...

Mai Helmy said...



يوجد عندناشركة رش مبيدات بجازان
فريق متخصص فى تنظيف الأسطح والحدايق
شركة كشف تسربات المياة بجازان
ولديهم (خبرة) تستخدم أحدث الأت والمواد فى
شركة عزل خزانات بجازان تنظيف الأسطح والحدايق ويوجد لدينا أفضل وأحسن
شركة عزل اسطح بجازان
خامات تنظيف التى يعتمد عليها فريق عملنا من خلال تلك المواد العالى
شركة تنظيف مجالس بجازان
الجودة المستخدمة فى تنظيف الأسطح والحدايق
شركة تنظيف فلل بجازان ولهم طريقة خاص فى تنظيف الحدايق حيث يعمل على تنظيف الحديقة من خلال إزالة النفايات الموجودة فيها و التخلص أيضاً من النباتات البرية عن طريق خلعها من الجزور وكذلك الأسطح
تنظيف مطابخ وحمامات
يوجد لدينا أفضل
شركة تنظيف شقق بجازان الخدمات فى تنظيف المطابخ والحمامات وتنظيف أيضاً الزوايا التى يصعب الوصول

شركة تنظيف خزانات بجازان
إليها بأحدث الأت البخار والمواد المستخدمه فى التنظيف
شركة صيانة مكيفات بجازان