Assalamualaikummm...
Lama berusaha untuk update, akhirnya berjaya juga. Sabo je laa..
Rasa-rasa perlu pergi kursus time management ni. Haha.. orang lain anak ramai, kerja lagi.. still terurus kehidupan.
Nway, ni kek yang paling cepat nak buat. Bila time emergency orang nak datang tiba-tiba, memang sesuai buat ni.
Kek ni Tun buat masa x-students Mama Tun datang beraya aritu. Tak sempat nak masak kuih banyak-banyak. Buat puding susu satu, kek ni satu.
Tun olah resepi letak santan. Sebab pernah makan kek letak santan ganti susu, memang lagi sedap tau. Bila makan sejuk sejuk dah macam aiskrim, lembut gebu sangat.
Selamat mencuba!
Kek Marble Santan Mudah
Adaptasi dari Kek Span Asas: sweet4ever@myr
Resepi: tun telani
Bahan-bahan
- 150 g tepung gandum
- 150 g gula kastor
- 5 biji telur A
- 1 sb ovalette
- 80 ml santan
- 80 ml minyak / mentega cair
- 1 sk serbuk penaik
- 1 sk esen vanilla
- 3 sudu besar serbuk koko
- sedikit pewarna pilihan
Cara-cara
- Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi ( bergantung kepada pengadun)
- Perlahankan kelajuan dan masukkan santan dan esen vanilla. Pukul dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
- Masukkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk coklat, 2 lagi masukkan perwarna pilihan.
- Alas loyang 8" dengan kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
- Telangkupkan kek di atas redai kek hingga sejuk.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗
#tuntelanikitchen
#resepi #sayamasak #bloggermasakan #foodie #foodblogger
2 comments:
Tun..! gebusnyaaa...
Appreciate you blogging thhis
Post a Comment