Monday, January 24, 2011

Sup Ayam Hadnyai


Rupa2nya dh nk habis bln january. rasa baru je lagi bandar miri ni kelam ngn asap org pasang firework mlm thn baru. dh sebulan jd housewife ni, tiap2 hari keje duk godek2 myresepi.. huhu... bukan sbb xreti masak, tp sbb dh kehabisan idea nk masak.. ye laa.. tiap2 hari masak 3 kali, bekfes, lunch ngan dinner. n x main aa masak mende2 yg sama je.. hehe.. last time terjumpa resepi Sup Ayam Hadnyai ni.. xtau laa btol ke x org Hadnyai masak camni. tp nk try jugak wat sup ayam yg lain dr yg selalu wat.. me alter sikit2 ikut apa yg ada di dapur.


dengan batang2 serai sekali posing ;p

ni bahan2 dia:

  • Ayam (utk 2-3 org)
  • 3 ulas Bawang putih, 5 ulas bawang merah, 3 cili api, 2 cm halia, 1 cm lengkuas = blend.
  • 1 batang serai = ketuk
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih
  • 2 biji bunga lawang, 4 biji buah pelaga,1btg kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
Cara-cara
  • Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai hingga naik bau
  • Masukkan ayam, gaulkan sehingga rata ,tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  • Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  • Tambahkan garam secukup rasa
  • Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan.
  • Perahkan sedikit limau nipis.
  • siap! (me makan ngan nasi air ^^)

0 comments: