Wednesday, November 28, 2012

Baked Pasta


Assalamualaikumm~~ :D

n3 cepat2 sbb ngantuk + penat. huhu.. esok kene gi ladang lagi.. nk tergelak pulak bila fikir xtau apa2 masa mengajar. kalau ajaran sesat agak2 student tau x? hoho.. ni laa bila bottom of food chain nih, orang campak2 course yg xde org nk ajar kat org2 mcm tun ni la.. nk kata xnak kan x berani. so struggle la study subjek yg xpenah tahu selama nih. haish.. nasib baik la subjek lg satu dpt yg kimia fizik, blh la bernapas sket2.

nway, bila ntah nk menayang durian crepe, dh 2 kali buat, tp gambo hudus, nk kene buat lg sekali amik gambar cantek sket. b4 that, sila terliur nengok baked pasta nih.. hoho.. /wahaha


dh lama x masak spagetti.. tun wat spagetti biasa je (with tomato sauce) utk bekfes. pastu tiba2 laling tun ni gi bekfes ngan member2 kat luar. so terpaksa la bawa ke lunch pasta yg dh masak. malas nk makan idea tiba2 dpt idea utk wat baked pasta nih.. gugel kuar resepi dr kak dayang. nmpk sgt sedap! bila mkn mmg sedap sgt! cuma xleh makan byk la, sbb terasa sgt berlemak. hihi..

tgk la potongan sememeh sbb panas2 dh scoop masuk pinggan. yg atas pinggan lagi laa sememeh.. bila sejuk sket dia akan set dan blh potong cantik.. cara masak pasta tu xde beza sgt dgn yg kak dj masak, so tun cnp je la :D



Baked Pasta
resepi: kak dayang jack
sumber: tun telani

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega


Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :

  • Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
  • Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  • Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  • Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  • Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  • Taburkan keju parut dan oregano.
  • Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.


* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt


**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni  + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya. 


Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/baked-pasta.html#ixzz2DVU2fXr4
Under Creative Commons License: Attribution

10 comments:

Mas said...

tun...nak join makan sekali boleh...
malass bebenar kak mas masak ni...
ain n daniel kat kampung...huuhuhu

Unknown said...

salam Tun
sedapnya nampak baked pasta teringin gak nak buat ni thanks ya bagi idea sbb asyik dok goreng2 je jemu gak kan

zila norazila said...

gud idea tun..x pernh lg akk try buat..huby akk hantu pizza dan yg sengkatn dgnye..h ehe klu akk buat nie pasti dia suka..

Kak Nita said...

Salam Tun...
ni peberet kak nita nih...dah lama tak buat...mai hantaq sepiring boleh???...

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Tun.

Ada lagi ke pasta tu tun. nak rasa sikit...

Kek span kat bawah tu gojes betul. Resepi sweet 4ever ye.. kak Naz pun pernah buat dulu. suka sbb jadi dan lembut je kan..

Kak Nik Ja said...

ni... apasal makan tak ajak org!!!boleh akak tulun tanggung lelemak tuh skit....hihii
eheh..akak pun menu omputih ajer ari nih...tapi malas da nak amek gambo n posting...masih lagik mood coti2...haha..take care!

Amie said...

Rajinnya Tun... habis ke makan ni Tun, Kak Amie tolong makan separuh boleh tak ha ha ha ahh

Unknown said...

seyes terliur sudaaaa ;)

Rohah said...

bikin terliur je ni Tun..

Unknown said...

favourite anak akak ni...

tak sempat baca entry tun, nak cepat ni dari bilik hotel, otw balik Kelantan, bye.