Monday, May 5, 2014

Lontong Johor


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah, masih diberikan kesihatan yg baik oleh Allah.. Alhamdulillah dapat memasak dan makan tanpa muntah yg teruk :) Seronok juga dpt tengok encik laling makan dgn berselera. Macam mana pun,  masakan sendiri la yg lebih baik, kan ^^

Arini mood menu raya. xtau la dtg angin dari mana, terasa mcm nk buat lontong walaupon ni bukan makanan kegemaran tun. Orang ganu kan, nasi himpit nk cari kuah kacang juga. hihi... Encik laling orang johor, mmg kalau buat sedap, lajuuu dia makan. Tengok makan dgn laju dan bertambah2 tu, sedap la tu. hihi...

Hidang ngan Sambal Kacang.. sedap!
Sebelum ni dah pernah buat lontong, guna resepi dr myresepi. kali ni saje2 ubah selera guna resepi cik mat.. Alhamdulillah, dua2 pun sedap.

Kuah Lodeh utk Lontong
Resepi: CMG
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 8 tangkai kacang panjang, hiris serong
  • 2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
  • 50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
  • 1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
  • 1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis
  • 3 keping tempe, dipotong kiub
  • 1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
  • 1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis- tun potong dadu
  • 1200 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • Air jika perlu
  • 1 cekak soo hoon, kerat pendek
  • 2 batang serai, dititik
  • 1/2 inci lengkuas, diketuk
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 3/4 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan- tun guna udang geragau
  • 1 inch halia - tun tambah
Bahan Sampingan
  • Nasi impit @ ketupat
    Serunding - tak letak
  •  Sambal tumis @ sambal kacang
  • Telur rebus, dibelah dua
Cara2:
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  • Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....

7 comments:

nasa mulia said... [Reply]

Sedapnya lontong,,orag johor tun, x perlu tunggu raya nak mkn lontong, dorg makan sbgai sarapan....daku yang tiada darah johor dan jawa pun gemar makanan ini.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... [Reply]

Aduh tergoda betul lontong tu akak tengok Tun.. dah lah kat sini tengah hujan lebat.. dpt semangkuk ni memang sedap ni.. :)

Cheq Sue said... [Reply]

yang ni in sha allah tak tergoda tun... cheq sue kalo lontong2 ni takleh masuk sangat...takleh gi kata org klate... kalo nasi impit mesti nak kuah kacang baru syiokkk

tun_telani said... [Reply]

Hihi.... tun pon cari kuah kacang jugak.. tekak ganu ngan kelate lebih kurang je.. ni teringin nk buat je lebih, mkn xbyk pon.

Mel said... [Reply]

feveret ni...tekak johor la katakan..nak buat, tak cukup bahan manjang..soon xde, tempe xde, kacang takde..ada aja tak cukupp..tapi kalau dapat semangkuk, memang bertambah juga ^^

Anna Qawina said... [Reply]

Tun yang rajin...tolong buatkan akak soto..haha..

akk dulu tak makan lontong sbb peliknya kuah lemak makan dgn nasik impit..soto pon sama..dah mix dgn Jawarian sejak 12 tahun lampau jadi peminat tegar lan menu ber2 tuh..hehe

aIEn said... [Reply]

sluurrpp sedaaap nyer!! huwaaa harus cube wat ni =)

Salam singgah & Salam perkenalan =)