Monday, November 24, 2014

Puding Roti Marble


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. arini berjaya buat puding yg sedap.. hihi.. arini lecture pagi je, pastu plan nk wat lab work. lepas lecture pegi lab tgk2 sample belum kering, so belom boleh proceed extraction.. jd tun pon sesuka hati balik umah :p berkobar2 nk mendonat, alang2 budak montel kat umah mak angkat dia. tp blk umah tgk2 minyak tinggal secotet je :( so babai donat ku, nx time la mendonat.

alang2 balik awal tu, nk jugak wat kuih kan.. tgk ada roti 4 keping, esok expired roti tu.. so fikir2 nk wat puding roti karamel or puding roti biasa. sbb malas nk wat karamel tu, tun godek puding ni je la. cepat je dh siap :)


Resepi dari kak hana. dh ramai yg buat resepi nih.. tun saje terajin bahagi 3 puding tu kasi cantik sket :)

Puding Roti Marble

Resepi: kak hana@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( satu loyang )
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2- tun guna 10g
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.- tun letak 4cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! 

11 comments:

Bicara Kak Noor said... [Reply]

assalam Tun, nampak sedap dessert tu dan pastinya sedap kan tapi kaknoor belum pernah buat nnt suatu hari nk try lah

❤Kamsiah❤ said... [Reply]

Tun..puding makan sejuk2..walaupun cuaca sekarang ni sejuk..tapi tetap sedap..tetap puas..

Nina Mirza said... [Reply]

Sedapnya tengok puding Tun.... Laju masuk tekak time panas gini

mummyseri said... [Reply]

meriahnya umah tun dgn puding, semua sedappp :)

IeRA said... [Reply]

Rajinnya...

inahar ali said... [Reply]

pepanas cuaca meme terbaekkk makan puding ni tun..licin laju jek masuk tekak..huhu!

zila norazila said... [Reply]

sempat lg ea tun..he hee rajin btul siap kolor2 lg..bdk montel dh pndai apa tu..:)

Tina Othman said... [Reply]

Sedapnyaaa lama tak mkn ni

Tapi skrg sini hujan jadi takde tergoda sangat hehe

lia ummiirfan said... [Reply]

whoaaa... ini memang menarik.. bahan-bahan dah ade, zassss... terus buat noww... hihi..

Ummiakid @ lily said... [Reply]

lama x buat puding ni...nampak gaya kena buat jugak. Nampak mengoda

Ummiakid @ lily said... [Reply]

lama x buat puding ni...nampak gaya kena buat jugak. Nampak mengoda