Wednesday, September 26, 2012

Ayam Goreng Daun Kesum


Assalamualaikummmm ^^

budak chipsmore muncul lagi. haha... sedih pulak jd budak chipsmore nih. nk wat mcm mana, kerja2 tertunggak banyak betul utk disettlekan. x masuk ngan students yg sibuk mencari sbb nk tanya soalan. dh dekat2 ngan final gini la jd nya.. hopefully they all did well la, kalau x, mmg sia2 berbuih mulut mengajar. hihi..

nway, nk bergossip.. ada kan, sorang budak ni, mencuri gambar dr blog tun.. ada reader yg bagitau (thanks dear, who ever you are). kalau gambar makanan tu, mcm dh x heran kalau org nk mencuri, ni gambar kad birthday yg tun buat utk besfren tun (gambar tun SINI), dia tulis situ kawan dia dari kanada yg hantar.. kesian pulak kt budak ni.. yg tun stress, blog dia tu mcm penuh dgn aura 'beragama', penuh doa2 ngan guna term2 bahasa arab. jgn laa wat camni dik ye, nnti org pandang serong kat orang yg beragama ni. nway, semoga awak insaf ye, xnak la tun letak link dia kt sini (padahal dh menjaja kt FB. kui kui)


ok laa.. berbalik pd menu yg simple dan sedap ni. sgt2 sesuai di masak time nk cepat or malas nk duk dapur lama2. resepi asal Udang Garing Daun Kesum dr dapur kak ummi kuantan. tp sbb ayam yg tun goreng bila dh goreng dgn sayur tu dh x garing jd nama dia xleh letak ayam garing, jd ayam goreng je.


AYAM GORENG DAUN KESUM
Resepi asal: Udang Garing Daun Kesum Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home
Olahan: Tun telani

Bahan:-
  • 2 keping dada ayam- potong2
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni) - tun pun xde
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah
 Tun tambah:
  • 3-4 tangkai kacang panjang
Cara Memasak:-
  1. Potong dada ayam dan bersihkan.
  2. Gaul ayam bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus. Masukkan kacang panjang dan sedikit air, goreng sampai kacang lembut.
  6. Masukkan semula ayam tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^



11 comments:

ijayuji said...

Salam tunn!!! lapo tgk ayam niiii huhu... akak beli daun kesum ari sabtu itu hari sampai skrg belumk guna lagi byk laks tu akak beli hihihi.... nak tergelak pulak pasal curik kad tu kat sini hihihi... desperate sgt kut tak pun dah darurat sgt takde idea ehehe.... doakan aja dia minta maaf dgn tun insyaAllah!

Cheq Sue said...

bila tengok ayam tun ni, teringat ikan kembung 3 ekor dalam esbok entah bila nak jadi lauk... kalau ada ayam dah tertukar dengan ais batu agaknya... mesti sedap kan tun ayam ni dengan wangi daun kesum tu..

Marsita Yahya said...

blogwalking & singgah join..
http://my-mintroom.blogspot.com/

Unknown said...

Tun...berselera akk tgk ayam tun. Kalau la rumah berdepan, akk jerit je.....ayam goreng daun kesum sepinggan! Tun pun hulur....bestnya dpt berjiran dlm blog kan? Mmg tak jd masak ler...

Tun..akk ok, jiwa je kacau tp takpe la, Dia ada tempat mengadu. Gmbr akk tu try2slim dan Dmasha fiber dan collegan. Oder dr Kajang, nak slim,,,

adda syuhada said...

adda klu msk cm gini pun bleh tambah nasi berkali2...tu pasal bdn mengepam2 naik..huhuuh

Qasey Honey said...

aduhhh sedapnye...walaupon nmpk ringkas tetap myelerakan mlihatnya...nk rasa juga...amik resepinye yer...tq

izahdaut said...

pulakkk. hmmm mcm2 kan.. kadang2 kerandusan idea amik jela org punya mana sempat.. haishh.. eh mcm akak nyer gambo kad slamat berpuasa 2 tahun sudah kot.. ramai pulak org guna tepek sana sini kat blog. tapi sebab ada watermark kan, jadi dulik jela nak amik.. huhu..

nak ayam sketttt

rahel said...

Salam Kak Tun...
Wah...konfirm harum banget ayam ni....

zila norazila said...

salam syggg tun,
uittss sapa la yg jahat tgn main cilok2 nie..he hheee dosa - dosa..biar lah pic tue dr hasil tgn kita kan..kan senang..
tun ayam tue akk pun nk try buat jgk..tgk kak umi buat aritu akk dh kecur tau..mabless..:)

inahar ali said...

salam rindu tun..wah menu yg sempoi tp semestinye sedapkan tun..perghh!!

Unknown said...

Assalamualaikum Tun :D
Yang ni mmg sedap, Kak Lin suka!