Monday, October 29, 2012

Soto Ayam + Bebola Ayam


Assalamualaikumm~~~~ :x

Masing2 dh kembali bekerja mcm biasa arini ye.. sure peti ais masing2 penuh ngan daging kan. tun kt sini beli daging frozen je. huk huk.. sadis betol.. huhu... nway, tun x makan daging pun, jd xde la terliur bila family tun duk MMS sup gearbox laa, gulai daging laa, perot lembu la.. tp jeles nengok org gotong-royong melapah lembu. tun habiskan raya dlm kolam kt hotel. hoho..

nway, menu pagi raya, merangkap menu buka buasa mkm sebelum raya. mula2 plan nk wat bakso, tp tukar last2 minit kepada soto. tp guna resepi bakso utk chicken ball tu.


resepi gugel jumpa kt myresepi. mmg sedap kuah soto nih. tun mkn ngan bihun sbb xsuka kombinasi nasi himpit + sup. my laling makan dgn byknyer. haha...

Soto Ayam
resepi: DianaA @myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 12 orang )
  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis 
  • 3 sb bawang goreng - tun tambah
  • sedikit air asam jawa - tun tambah
Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  • Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  • Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap. 

Bebola Ayam
adaptasi dr resepi Bakso
sumber: kak Ika

Bahan2:
  • 400g daging ayam hancur
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh garam 
 Cara2:

  • Campurkan semua bahan. 
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan - tun rebus dlm kuah sup


14 comments:

Anna Qawina said... [Reply]

selamat hari raya Tun...ni akk dtg nk beraya..

Tina Othman said... [Reply]

sedapnya tun

terliur pulak tgk soto tu, ada pulak begedil, walah

EmbunRosaliza said... [Reply]

Assalam tun selamat hari raya, sama la mcm akk kalo nasi impit tu mkn ngan kuah mcm ni tak bestkan, kallo mee atau behon mmg sodap

Qhaifa Nur said... [Reply]

salam aidil adha....
kalau ada begedil mmg sedap...
sedapnya.......

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

salam TUn...alahai....x dpt mkn daging korban....dpt mkn daging frozen pun ok la ye x.....berkorban juga tu kan......:-)

Soto tu....pebert tu....mmg sedap lah duk hirup kuah dia tu.....adehhhh leleh air liur sudah....cmno nie.....nak buat mmg malas nie.....duk tgk jela Tun punya nie......huhuhu......

IeRA said... [Reply]

Salam

Sedapnya tengok...iera pun dah lama tak buat

Bicara Kak Noor said... [Reply]

salam Tun..
hari ni last hari tashrik, mesti dah habis semua yg sedap2 tu kan terlambat lah akak singgah rugi sngt tak dpt rasa heeee

zila norazila said... [Reply]

salam syg tun.
mmg sedap klu dapat sup2 camnie..tp huby akk mcm slow sikit bab sup2 nie..tp akk mmg pantang jumpa:)))

Yana Shaiful said... [Reply]

Salam Aidil Adha Tun ^_^..
huhuuu..n3 kita sama..k.yana xpnh puas mkn soto..suka sgt ^^..dpt hirup sup pns2 + sambal kicap pedas giler tuhh..perghhh..xpandang mak mertua laa hihiii

Qasey Honey said... [Reply]

slm aidiladha Tun..

sedapnya...dh lama xmkn..kena cuba ni..kang nti ngeces cm bdk kecikkk..hehe

Naz / Nadz COSK said... [Reply]

Assallamualaikum Tun..

Selamat hari ray tun. Ermmm..sup ni tentu pekat sebab ada letak santan tu. Dulu ada gak org bagi petua kat akak letak santan dlm sup tu biar lebih sedap dan kuahnya pekat tapi tak pernah cuba lak. Ada gak yg kata letak rempah kurma sikit utk pekat.. Akak nak sikit tun..

Ayu said... [Reply]

Assalam Tun, lama tak singgah sini..sihat ke tu? pasti tengah sibuk ya..
Raya tahun ni, menu apa tun?..wah soto ayam ni ada letak santan ya..akak pulak lebih suka soto yang tak letak santan, suka kuahnya clear gitu..hehe

Rohah said... [Reply]

ala...sedapnye nampak soto ni..geram nengok bebola tu..

Naz / Nadz COSK said... [Reply]

Tun...ooo..tun.. Dimanakah menghilangggg???