Tuesday, May 7, 2013

Kek Lapis Cream Cheese dan Chocolate Buttercream



Assalamualaikumm :)


Masih lg dikampung halaman tercinta :x sorry sgt tak sempat nk BW.. dh duk kt kampung ni mmg sgt jarang la mengadap laptop. ni pon update sbb xnk blog terlampau berhabuk. hihi...

kek sgt sedap buat utk makan2 wiken aritu. gembira je sbb semua ada kt umah, dh macam raya pon ye jugak.. sabtu kenduri nasi dagang, ahad lepas mngundi kenduri nasi kerabu lak.. *heaven* kenduri adik beradik je. hihi.. xleh nk post sbb xde resepi betul2, mama yg masak.. tun suos chef je. hihi.. tp kek ni tun yg buat tau. kek bday adik no 3, kakak dan abah sekaligus. semua bday dekat2. kakak tun nmpk gmbr kek yg kak rosaliza post nih, terus request nk makan. tun dh penah buat sekali, so no problem nk wat. cuma sbb malas nk kukus, jd just steam bake. mmg 2 thumbs up! semua pakat amik second serving. hihi...

sekelip mata, ni je yg tinggal.. simpan sikit utk my laling.. dia ngundi kt johor
  * gambar guna hp je sbb x bawak blk kamera

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Resepi: Kak Yatie
Sumber: kak Rosaliza, tun telani

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 25 ml air
  • 1 sb tpng gandum

Cara-cara
  • Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  • Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  • Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • 2 sb serbuk koko
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk baking powder

Cara-cara
  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  • Masukkan air panas,susu dan minyak
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

  • Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya. - tun bakar bain marie/ steam bath
  • Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  • Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  • Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Sejukkan dan boleh di hidangkan....

untuk butter cream.. tun gugel jumpa resepi kak fida ni... tun biasanya x suka mkn buttercream, tp resepi ni sedap dan x muak.. senang je nk buat.. cuma xpandai nk deco, jd sememeh je.. hihi...

Chocolate Buttercream
resepi: kak Fida@myr
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 250 g mentega (1 buku)
  • 200 g gula icing (1 3/4cwn) - ayak
  • 170 g air dingin ( 3/4 cwn) - dr petiais
  • 1 sb choc. paste
  • 2 sb serbuk koko - ayak 
Cara2:
  • Pukul mentega hingga putih lalu masukkan gula dan pukul terus hingga pekat.
  • Perlahankan mixer dan masukkan pula air dingin sedikit2 sambil dipukul hingga sebati dan tukarkan mixer pada kelajuan tinggi dan pukul terus hingga kembang.
  • Akhir sekali bubuh choc paste dan serbuk koko dan pukul rata.
  • Matikan mixer dan gaul lagi adunan buttercream dengan spatula/senduk hingga sebati. 
  • Siap untuk digunakan.

14 comments:

Hafizah Mohamad said... [Reply]

sedapnya Tun...best kan kalau kenduri adik beradik...lama2 sekali jumpa mesti riuh rendah kat umah mak tun...=)

Mel said... [Reply]

assalam Tun, dakpe ke laut dietnya, nanti balik btu leh diet lagi..Makan kat rumah mak memang puas. Masakan mak terbaik!!

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

Nmpk sedapnya Tun...!

Gee® said... [Reply]

Ahaaa... k.gee pon buat kek ni semalam tp tak sempat nk snap pon... dh licin.....

Tina Othman said... [Reply]

Sedapnya, dulu penah buat tp kek guna resepi kak dj, best kan kumpul ramai2 confirm masak apa pun abis

Mayang ABDUL RAZAK said... [Reply]

cheese ngan coklat mmg gandingan mantop ..

Rohah said... [Reply]

time ramai2 mmg seronok buat makan2 kan..wahh..licin dengan pantasnya ye...

Mas Sani said... [Reply]

Samalh dgn akk, kalo dh blk kg mmg jaraang lah ngadap laptop..blog lg lah kan hihii.. tp akk lg teruk bukan setakat habuk siap bersawang lg blog tu hah hehee..
Kek tu nmpk sedap wpun snap guna hp je..

Bbwana adienia said... [Reply]

Salam tun..

em, nampak sedap la kek tu..best kan dapat kumpul ramai-ramai..

Norzila Zakaria said... [Reply]

kak tun, baru zila nak mintak ckit..habis dah

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

sedap tu tun... akak juga yg tak buat lagi kek ni....

Nadz Nazharzan said... [Reply]

Assallamualaikum Tun.

Masih di kg lagi ke tun? Akak kan tun, kalau kek2 yg bercheese ni, mmglahhhhhhh lambat banyak dari org lain nak menerai sbb akak tak berapa gemar cheese. Tapi bukan tak makan cheese tau! Tapi anak akak yg sulung tu, mmg suka sgt dgn apa2 yg bercheese. Kek ker, pizza ofcoz lah kan.. Cuma akak jer yg lambat sket kalau nak buat mende2 yg bercheese ni..hihihiii..

EmbunRosaliza said... [Reply]

Assalam tun meriahnya kek besday tu, akk pun baru seklai buat kek ni, pas ni nak buat lagi, rasa mcm bestkan, cis tu pun tak terasa sangat kecisannya hehe

Nadz Nazharzan said... [Reply]

Assallamualaikum tun.
Amboi..amboi...lamanya bercuti di kg ye.. Dpt merasa pelbagai air tgn bonda lak tu.. Perghh..jantung pisang mmg fav akak. Suka makan buat masak lemak cili padi atau rebus dan cicah sambal belacan je..hhuhuu..makan nasi bertambah2 nanti..hahaha..