Assalamualaikummmmmmmmm~~~~ /XD
over gumbira sbb online dikampung halaman terchenta.. :D smp ko 130 mlm td. nasib baik adik tun pun nk blk smlm, so dr KL blk ngan dia ke smlm. my laling balik mengundi di segamat, so lg few days baru laa jumpa dia. haih.. nk wat camner kan.. .arini masak nasi ayam versi campak2 dan telah berlaku insiden yg tak
diingini. dah siap masak awal2 lagi sbb tau blk jumaat sure lapar. pastu
dh hidang semua nk amik nasik, tgk2 tersalah on plug lain! /shock huhu.... kesian pulak kt semua org terpaksa tunggu nasi masak.
over-excited pulak nk mengundi thn ni. kami 4org adik beradik semua 1st time mengundi. muahahha.... terukkan.. patutnya ni kali ke 2 tun blh mengundi, tp sbb masa 1st time dulu blur2 xtau nk gi daftar mengundi, sedar2 dh xleh nk daftar. apa2 pun, nk share pesan abah tun utk semua, sblm gi mengundi, isytikharah dulu.. moga2 pilihan yg dibuat adalah tepat :)
gambar n3 arini adalah gambar yg dh 2 bulan peram dlm folder ye. huhu.. xpe, gambar x basi kan.. olahan dr resepi kak nor kat myresepi.. suka buat lain2 perisa, puas makan. x rugi mencuba nih :D
Homemade Dadih
Sumber: Kak Nor @myr
Olahan: tun telani
Bahan2:
- 10gm serbuk agar2
- 2 tin susu sejat (800ml)
- 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
- 2.4 liter air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
- perasa pilihan ( tun guna 1 sk coklat emulco, dan 1 sk pandan paste)
- masak serbuk agar2 bersama air hingga mendidih. tun larutkan agar2 dgn sedikit air dulu supaya tak berketul.
- masukkan susu sejat, garam, gula, tepung jagung dan perasa pilihan. masak dgn api sederhana dan selalu dikacau. apabila nmpk hampir mendidih, tutupkan api. jgn masak lama, takut dadih keras.
- kalau nk buat 2perasa, lepas masukkan susu sejat, garam, gula, dan tepung jagung, kacau2 kejap dan bahagikan dulu baru masukkan perasa.
- tapis ke dalam bekas kecil2. sejukkan dan blh dimakan.
ni resepi asal ye
Homemade Dadih
resepi: kak nor@myr
Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )
- 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
- 1 liter susu segar biasa
- 1 liter susu segar berperisa coklat
- 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
- 1.2 liter air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
- 1sudu teh coklat emulco
Cara-cara
- Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
- Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
- Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
- Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
- Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
- Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
- ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
6 comments:
hai..salam tun..
sedapnya kalau dapat makan dadih time macam ni..singgah sini..
waa...bestnya buat sendiri..faa selalu buat yg instant tu je..hikhik
Sedap! Versi mak kita buh coffeemate...terangkat! Selamat mengundi...takbir!! :)
selamat mengundi Tun...pilih betul2 yer...
kak fiza pun pernah terjadi gak terlupa nak tanak nasik...time siap2 nak makan baru sedar nasik x masak...Tun kira ok lagi sbb nasik siap dah dlm periuk...ha ha ha
lama dah kak fiza x buat dadih ni...dulu selalu gak buat sbb kak fiza buat jual...la ni malas dah nak buat...nampak sedap dadih Tun...makan masa cuaca panas...sedapnya....=)
Assalam Tun. Hidangan dadih yang sesuai dengan musim panas di Bintulu ni. Tapi mel tak reti makan.hihi
Mel dulu duk sibuk melayan kerja, last2 ayah mel g bawa ic daftarkan.Boleh cenggitu? Katanya 1 undi bawa makna besar.Tapi sampai sekarang kami berdua tak pernah mengundi...apadaaa..
Nyamannya masuk mulut panas2 mcm la ni tun
Post a Comment