Wednesday, September 25, 2013

Ayam Bakar Mayonis


Assalamualaikummmm /XD

Alhamdulillah akhirnya tun berjaya settlekan problem xleh leave komen kat embedded comment.  rupa2nya cuma perlu klik 'always' kat 'accept third party cookies'.. punya laa mcm2 cara tun buat b4 this.. kat internet pon mcm2 solution yg complicated org suggest. Alhamdulillah ada insan yg post solution simple ni kat google forum :) skrg dh xrasa bersalah kalau org leave komen kt sini pastu xleh nk reply komen kt blog. insyaAllah pasni bila bw tun akan komen kat blog kamu-kamu ya :D

ok laa.. resepi simple.. mmg suka masak mende2 simple nih.. senang dan cepat utk org yg kunun2 bizi nih. hihi... mkn dgn ulam2 dan sambal tempoyak. menu sihat pulak ye.. daun cekur tu yg tanam kat balkoni, xpandai mkn sgt. gugel tgk org wat ulam, jd paksa diri telan juga. hihi.. rasa dia agak kuat. kalau ada sapa2 yg ada resepi guna daun cekur ckp la ye, membazir je daun cekur dlm pasu tu :)


Ayam Bakar Mayonis
Resepi: vdia@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 8 ketul drumstick - tun guna 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 kiub ayam - xletak, ganti ngan garam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Lada hitam secukupnya-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara
  • Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. 
  • Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap. 
  • Cara tun: masa mula bakar, tun cover dgn aluminium foil dulu utk kekalkan kelembapan. Then alihkan ayam yg half cook atas jaring (simpan air yg keluar utk buat kuah) dan bakar smp garing. 

9 comments:

Kak Sam said... [Reply]

Assalamualaikum tun...
nampaknya ke pi cari ayam le untuk lunch ari ni..

Qhaifa Nur said... [Reply]

sedapnya makan ayam bakar...ada rasa mayonis...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... [Reply]

Sedapnya akak tenggok Tun... stok ayam ada dlm peti ais, boleh cuba ni :)

Gee® said... [Reply]

Wow! nak ayam 2 ketul... taknak cekur yer... hehe

Mel said... [Reply]

kalau masak ayam simple gini, mel pun suka.lagi2 bila mood malas datang..hihi

*Bolehlah ai tukar setting komen balik..kekeke
*Beli ikan/ayam kat pasar kampung melayu. Beli timun/ikan bilis/pisang kat pasar tamu.

ZalinZalina said... [Reply]

Boleh cuba resepi ni..kak ina memang suka resepi yang simple2 :)

Tina Othman said... [Reply]

Sedapnya Tun, nanti boleh buat kena carik mayonis duluu

Azie said... [Reply]

Sedap nyer. Insya Allah nak cuba nanti

Lydia Miza said... [Reply]

Nampak sedap sungguh. Izinkan saya copy resepi nak cuba ptg nanti