Thursday, September 12, 2013

Homemade Dragon Fruit Ice-Cream


Assalamualaikumm :D

alhamdulillah.. alhamdulillah... setelah beberapa hari stress xleh nk update blog, akhirnya berjaya juga jumpa penyelesaian. Bagi sape2 yg menghadapi masalah mcm tun ni, bila nk update dia kuar msg:

You have logged out from another location. Do you want to log in again?
Yes, I want to log in again.

 pastu tekan yes pon kuar msg yg sama juga. tun google dan ada yg bg penyelesaian dgn log in through www.blogger.com/‎ instead of through bookmark page. sbb tun mmg dh bookmark dashboard tu. bila log in guna page yg dh bookmark msg yg sama akan keluar. Alhamdulillah ni dh blh update sbb log in guna www.blogger.com/‎. 



ok laa.. arini nk share resepi homemade aiskrim.. mmg dh selalu sgt guna resepi wssary utk wat aiskrim, cuma tukar2 perisa. aritu ada kawan kasi dragon fruit, both of us x bape gemar sgt mkn dragon fruit, jd dr bazir je, tun try wat aiskrim ni sbb kaler dia sgt cantek!  cuma sbb dia sgt byk air, jd bila freeze tu, aiskrim tu tak selembut biasa. tp my laling laju jugak mknnyer, dia ckp sedap :) jd kalau nk mencuba blh la cuba ye.

Homemade Dragon Fruit Ice-Cream
resepi asal: wssary@myr
olahan: tun_telani

Bahan-bahan ( 2 liter )
  • 5 sudu besar gula pasir *
  • 1 tin (4ooml) susu sejat/cair *
  • 1 sudu besar ovallete *
  • 1 biji telur *
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sk vanilla
  • 1 bj buah naga merah- lecek
 Cara-cara
  • mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed - blender x sesuai ye, sbb nnti dia expand 3kali ganda, x muat blender
  • simpan dalam freezer 30 minit
  • ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali - mix, freeze, mix, freeze, mix, + vanilla+ buah naga, freeze
  • pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan susu tepung, esen vanilla, dan buah naga
  • kacau dengan wisk atau senduk kayu
  • boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
  • freeze kan semalaman, dan sedia utk dimakan ^^

 bg yg tak faham..
  • mula2 tu mix high speed selama 5 minit, dan sejukkan dlm fridge setengah jam (x beku ye, dia sejuk je)
    pastu ulang lagi, mix high speed 5 minit, dan sejukkan setengah jam
    last sekali, mix high speed 5 minit, pastu guna wisk utk campurkan susu tepung, vanilla, dan perasa pilihan.
    pastu freeze kan semalaman

14 comments:

Tina Othman said... [Reply]

Menariknya Tun, sedap makan time panas ni

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

Mmg cantik kalernya....semulajadi gitu...

Maknanya camne tu..? Kena bukak ikut web la ye bila nak update tu....bukan ikut yg kita bookmark tu ke...? Mcm tu ke Tun?

Mel said... [Reply]

cun ler warnanya aiskrim tu..tp ai dah haramkan sekejap pemakanan aiskrim/benda2 sejuk ni..kang kena marah ng doktor..Kalau nak cepat dapat, kenalah pantang..uhu

Gee® said... [Reply]

Tuuuuuunnnn...!! k.gee nk eskrem...

rostina76 said... [Reply]

alaaaa tun. serious terliur tgk. mmg cantik color dragon fruits ni. btw kros dah save resepi ni tapi malasnyaaa nak try bt. huhu!!!kena usaha gak ni

Rohah said... [Reply]

SALAM tun...sejuknya mulut..zlssss,tak cukup2-3 scoop..

tun_telani said... [Reply]

@Asyifa Mustaffa
ha'ah.. xleh buka kot bookmark. tiap2 kali nk log in, kene through web.

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

rajin sungguh tun buat ice cream homemade...

Anonymous said... [Reply]

Assalam tun, sedap nyerr.. masuk tekak :) zila66

Amie said... [Reply]

Tun... cantik warnanya! Nak bawak lari 2-3 scoop.

LiNa_Pg said... [Reply]

Assalam Tun, nampak sungguh gebu eskrim tun ni..
kalau buat sendiri boleh adjust tahap kemanisan tuh..
kalau yg dibeli manisnya ya ampunnn

zana fahmi said... [Reply]

Alaa Tun, aiskrim manislah, cmno nak kurangkan berat ni??
Sekali sekala ok juga eh...takkan nak pantang sepanjang masa. Tapi akak lebih suka dragon fruit mkn begitu saja. Mg favourite akak tu.

❤Kamsiah❤ said... [Reply]

buah naga tu mkn mcm tu pun dah sedap..kalau baut eskem mcm ni double sedap..

Qhaifa Nur said... [Reply]

buat sendiri lagi sedapkan...
nampak best juga...