Thursday, September 5, 2013

Kuah Dhal.. ala2 kedai mamak roti canai..


Assalamualaikummmm :D

arini sejukk.. sgt liat nk bangun. ingat nk puasa, tp sbb sedap ngat tido, tak bangun sahur.. huhu.. hujan2 ni mmg kene mujahadah lebih sket nk bangun awal2 pagi. 

n3 cepat2 sebab manyakk kerja. mujahadah lebih gak nk merajinkan diri wat kerja cepat2. dh dekat habis sem ni mmg perlu marathon menanda semua lab reports dan kerja kursus. nnti xsempat nk key-in markah dlm sistem. kerja2 phd mmg tertunggak habis :(


nway.. kuah dhal yg sedap! 1st time tun buat kuah dhal gaya mamak mcm ni. selama ni tun masak kari dalca je. walaupon tun xcukup sayur2 dia, tp mmg sedap kuah dhal nih. buat utk mkn ngan roti canai dan murtabak. pastu tambah pulak ada sambal bilis. mmg tip top habis! xD

Kuah Dhal
resepi: s_shamen@myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan:
  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat) -tun  xletak
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa- tun xletak gula

Cara-cara
  • Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.- tun guna pressure cooker rebus kacang dhal, dlm 10minit dh kembang. pastu baru masukkan dlm periuk.
  • Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  • Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  • Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  • Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

10 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

wahh.. pagi2 kalau dpt kuah dhal ni.. sukalah sangat en. suami akak.. hehe.. dia memang peminat tegar kuah dhal!

re: lahh! kita samalah tun.. akak plak tak jadi puasa sunat hari ni sbb tidor lambat.. malas la pulak nak bangun awal 5 pagi utk sahur.. dahla tidor 1.30 pagi.. (padahal beza 1 jam je pun sbb bangun kul 6 pagi td... grg naget je utk anak.. kekeke) hehe.. takper kita sambung puasa isnin plak ye...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... [Reply]

Mamak dah rugi satu costumer!

Mel said... [Reply]

Sesungguhnya daku pun liat sangat nak bangun pagi ni..hujan lebat sungguh..Semalam puasa bila nak Isyak je bendera merah datang..tak dapat puasa rini..uhuhu

dZana said... [Reply]

selamat menanda kertas tun.. fav akk kuah dal mcm ni.. klau beli bungkus selalu mintak lebih .. selalu yg akk beli dia tumis jugak bersama2 lada kering yg di potong2 seinci..

Venisri Senthan said... [Reply]

Wahhhh tak yah gi kedai Mamak lagi dah!!! Super delicious ni dear... ;)


^Love2cook Malaysia^

kak ina kl said... [Reply]

Wah nampak sedaplah pulak ..leh aa buat capati atau roti canai

❤Kamsiah❤ said... [Reply]

super duper delicious...sbb akka kalau makan roti canai,mesti mintak kuah dal...dgn roti nan pun sedap..

buatwanita said... [Reply]

@Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot

mamaknya dhal cair je kot. yg ni baru sedapkan.. pekat gitu :)

Jom usha koleksi Resepi, Petua, Gambar & Cerita @  buatwanita.blogspot.com

fazliana said... [Reply]

nmpk sedap,,hihii,,kalau pedas lg terangkat woo,,hehe

ibuyati said... [Reply]

Tuan rumah tumpang lalu. Sapa ingin memiliki pressure cooker Noxxa pada harga istimewa bolehlah contact saya di 019-249 4819. Tq