Monday, September 30, 2013

Cream Puff... lagii....


Assalamualaikum wbt :)

alhamdulillah.. masih berkesempatan mengapdate blog arini.. actually berusaha utk fokus kat study, tp 2-3jam ngadap buku, mcm xde yg masuk ke kepala nih.. so take a break ngan ngadap blog. jgn ngadap blog lg lama dr ngadap buku dah le tun ye....  /sweat

kuih ulang2 je.. dh byk kali wat cream puff. mmg x terkira byk nyer. hihi.. bila dh pandai buat tu, rasa mcm senang kan. jd kalau ada makan2 or org nk dtg umah, ni salah satu menu yg biasa tun buat. kali ni cream puff tun buat utk bawa gi usrah pg smlm, dan sbb nk bawa gi umah mel ptg semalam. ingat nk bawa mende lain jugak, tp terkene penyakit M lak, jd wat sejenis kuih je. huhu...

Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara2:
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - tun guna suhu 200 C je.

Custard Filling  (buat 2 adunan)
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
  • 2 camca teh esen vanilla
Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

satu je gamba cream puff yg cantik. yg lain hudus la pulak angle dia.. so tun nk tayang pokok lada di balkoni sekangkang kera tun.. gembira lada sulung dah besar, tp xsure bila blh tuai nih. yg kelakarnya, tun ingatkan pokok cili padi tau...masa mula2 kuar kan kecik, tp terkejut tgk makin besar.. cili besar rupa2nya. hahahaha.. :p semai sesuka hati dek pon. byk yg cili padi yg tun semai, pastu rasa2nya sekali je tun campak bijik cili besar. last2 ada 2 pokok yg hidup besar.. dua2 pokok cili besar. hihi.. xpe la, rezeki jugak. ni baru semai cili padi. xde space dh kat balkoni ni ha. kene gantung2 pasu pulak pasnih.. /XD


15 comments:

mala said... [Reply]

cream puff yg belum berani buat lagi. nak tanya masa masukkan tepung tu api nyala/padam?

mala said... [Reply]

btw, elok cantik ja cili tu

Mas said... [Reply]

suka cream puff...
tak jemu2 makannya....

ZalinZalina said... [Reply]

Kak ina pernah buat cream puff ni tapi anak tak berapa suka makan.. sudahnya kak ina gak yang kena habiskan..he he..

tun_telani said... [Reply]

@mala tun buka api paling kecil masa masukkan tepung

Ummi said... [Reply]

Assalam Tun....apa kena mengena puff dgn pokok cili? Hehehehehe...nnt wat filling cili pulak eyyy, kasi berapi..haha

Gee® said... [Reply]

Haha...Kak Ummi buat lawak ek... nak kena cili ni... jangan bagi K.Ummi cream puff tu yer Tun, kasi k.gee jer sepinggan... hehehe

Qhaifa Nur said... [Reply]

sedapnya cream puff...
nak buat malas he..he..

Mel said... [Reply]

Bagi hubby makan buat sarap tadi pagi, ada tinggal 3 ketul..Lain kali tak payah bawa ape2, buat susah2 je. Kami x kisah pun u datang x bw ape2^^

Alahai dapat jimat dah 3-4 ringgit ada pokok cili besar. Jeles!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... [Reply]

Izadaut tayang cream puff... Tun pun sama.. akak tengok terliur... ;)

Cendana Kasih said... [Reply]

salam Tun, jelesnya pokok cili dh berbuah lebat...saya baru nk beli tanah nk tanam pokok...hahahaha....

cream puff idaman kalbu, tp tiap kali nk buat, ada jer terbantut..hehehe...beli jer kat Anna Qawina

mama sara nur said... [Reply]

Assalam
Sedappnya, kena intI cream tu lg yummy
Sejuk tangan Tun, org2 tua kt kalu tanam pokok menjadi hasilnya he hee

mama sara nur said... [Reply]

Assalam
Sedappnya, kena intI cream tu lg yummy
Sejuk tangan Tun, org2 tua kt kalu tanam pokok menjadi hasilnya he hee

inahar ali said... [Reply]

fuiyooo..i loiike!!

Wani said... [Reply]

wani ni memang penggemar krim puff .tapi nak buat sendiri belum berani nak buat hihi