Saturday, November 8, 2014

Kek Minyak... berupdate jugak akhinya.. hihi


Assalamualaikummm :)

wahh... x sangka berjaya meng-update blog.. hihi.... kagum juga kat diri sendiri sbb bjaya buat kek.. tun ni ketinggalan zaman, org lain dah berderu buat kek minyak nih, tun baru nk buat. Rindu sgt nk membaking2, tp mmg susah nk cari masa. Skrg Alhamdulillah ada buai letrik, bila harith tido, xde la nk kene duduk dpn buai hayun buai tu. dak kecik ni mmg siang susah nk lena tido kalau tak hayun buai dia. Alhamdulillah juga skrg ni pagi2 harith tido agak lama. Sempat la nk masuk dapur kejap sblm dia sedar cari nenen.


Nak tiru kek yg kak lina buat, tp tun kurangkan colouring.. abaikan sedikit ke'hangusan' kek nih.. dekat2 nk masak tuh, dak kecik ni tersedar nak nenen.. adoii.. encik laling pulak xde nk suruh tengokkan oven. dah siap nenen baru nk kuarkan kek dari oven, mmg of cos laa geseng kek nih... kih kih... kek minyak ni rasa dia sama mcm kek span yg tun selalu buat, resepi pon lebih kurang je, cuma resepi ni ada susu pekat manis.

KEK MINYAK
Resepi: MyResipiLiNa Pg
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor) - tun ikut kak lina
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan) - tun ikut kak lina
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170'C
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  • Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  • Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  • Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  • Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  • Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  • Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  • Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
  • Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

5 comments:

LiNa_Pg said...

Assalam tun,
Td dh komen..mana hilangnya.
Cantik belang² kek myk tun ni.
Tq sudi bg credit link untuk TMK..sedap kan kek minyak ni

cheq da said...

Kek minyak ni memang sedap dan moist..nk buat pon mudah jea

Kamsiah yusoff said...

tahniah kerana berjaya membaking walaupun ada baby hehe...

Amie said...

walaa Tun... Kak Amie lagi jauh ketingalan zaman, tak pernah pun nak cuba buat kek minyak he hehhe... Tun jauh lebih bagus, ada baby tecik masih lagi curi masa membaking ....

Ita Rossi said...

Salam Tun
K ita pun belum lagi mencuba kek minyak ni tapi bila tengok kek yg Tun buat ni rasa macam nak try jugak nanti.