Sunday, July 21, 2013

11 Ramadhan 1434H: Kuih Belimbing


Assalamualaikummm :)

Subhanallah.. sedar tak sedar dah masuk 2/3 Ramadhan kan.. semoga kita terus istiqamah dalam berterawikh, bertadarus, dan terus marathon beramal ibadat  ^^

Minggu ni sgt2 memenatkan. penat badan dan penat otak.. smlm pun ada extra class. bulan2 puasa ni tak larat nk membebel byk2 dlm kuliah... tp  sbb ramai student yg fail this sem, nak tak nak terpaksa la bebel2 jugak. huhu... research phd pun kene marathon jugak sbb progress sgt slow. susah betul la order brg2 kt malaysia nih. lambat betul response dr supplier. tp procedure uni xleh order dr oversea terus :( semoga nx week ada la reply dr supplier, kalau tak mmg meroyan xleh nk start screening test.

versi gemuk2 ala ulat mulong :p
ok lah... ni kuih yg wat smlm.. blk umah kepenatan ingat nk guling2, tp duk fikir rugi la pulak pahala bg kuih2 berbuka kt org sehari.. so masuk dapur godek2 apa yg senang.. dh lama x buat kuih belimbing nih.. ala2 churros, tp last time buat churros mcm keras sket.. ni sedap je makan. my laling xtau kuih apa nih. hihi..

sbb xde acuan yg sesuai, tun guna nozzle icing tu. byk kali la jugak tukar piping bag tu sbb pecah. huhu... struggle la jugak. tu yg lps tukar nozzle besar tu.. dh xnmpk rupa kuih belimbing, tukar nama jd kuih ulat mulong la.. kui kui.... resepi dr kak hana.. tq kak :x

Kuih Belimbing
Resepi:kak hana
Sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan marjerin/butter
  • 1 sudu makan gula
  • esen vanilla

Cara-cara
  • Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
  • Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu. - tun guna mixer mata cangkuk
  • Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
  • Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm. - tun picit sampai habis dulu baru goreng
  • Goreng hingga kekuningan dan angkat.
  • Taburkan gula. Sedia utk dmakan! - tun gaul dlm gula ising

Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadhan 1434H: Homemade Cendol


Assalamualaikumm..

hari ni tuan rumah kepengsanan.. ni 1st time bulan puasa kali ni yg mmg sangat2 penat.. maybe sbb duk marah kt student yg beramai2 fail 1st test aritu pun ye jugak kot. lepas habis kelas masuk lab utk research phd lak. nk nangis je turun naik lab yg duk kt tingkat 4 (aras 3) yg xde lif tu.. uhuk uhuk :( pasni nk timbang turun tak sekilo.. huhu... 

ok laa. kurang pahala pose duk mengeluh.. nabi dulu perang badar bulan puasa, xde yg mengeluh pun kan.


nway.. sampai rumah, semayang, terus masuk dapur wat cendol.. hihi... mmg dr semalam duk fikir nk wat cendol. pastu kene pulak hari ni sangat2 panas terik. mmg laju la wat cendol. ni togel je sbb lambat lg berbuka. dekat2 berbuka nnti curah santan dan air gula melaka.. sedapnyerr...

Resepi Cendol Tepung Beras
resepi: kak e-na
sumber: kak rose, tun telani
 
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

Tuesday, July 16, 2013

7 Ramadhan 1434H: Bingka Kentang II


Assalamualaikum :)

sedar x sedar dh masuk seminggu kita berpuasa.. mmg sekejap je masa berlalu.. moga2 kita juga semakin laju marathon mengisi madrasah Ramadhan ini dgn berlumba2 mengejar rahmat yg Esa. Mari sama2 lumba siapa khatam satu Qur'an dulu :D

alhamdulillah.. arini berkesempatan masak kuih utk berbuka. dan 2-3 hari sgt bizi dan terkejar2. smp birthday pun x sempat celebrate. Owh.. lupa, terima kasih pada yg sudi wish birthday tun semalam. aminn aminnn... semoga semua doa diperkenankanNya.. dh makin meningkat usia, xtahu apa pencapaian yg tlh dicapai..semoga dgn peningkatan usia ini, tun menjadi semakin matang dan lebih bertanggung-jawab.. insyaAllah..


ok lah... hari ini masih lg dgn kuih tradisional. mmg kuih yg senang2 ni je yg mampu dibuat dlm kesibukan kerja dan study skrg. resepi ni tun olah dr resepi bingka labu che mat. saje2 xnk guna resepi bingka kentang yg biasa tu. hihi... harap-harap sedaplah..

Bingka Kentang II
Resepi Asal: Bingka Labu CMG

Sumber: tun telani

Bahan2
  • 2 biji telur M - tun guna telur A
  • 250 ml santan segar - tun guna 200ml santan kotak + 50ml air
  • 100 g tepung gandum
  • 90 g gula halus
  • 1/4 camca teh garam
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 250 g kentang - rebus dan lecek
  • 1/2 sudu besar butter - tun letak minyak masak
  • Bijan secukupnya untuk topping - kehabisan bijan, tun suka hati letak biji selasih
  • Sedikit pewarna kuning - tun tambah

Cara-cara
  • Blender kentang bersama air, gula, santan,garam esen vanila sehingga halus, kemudian masukkan telur, tepung dan butter. Blender sehingga sebati - tun masukkan semua bahan dlm food processor sekaligus..
  • Tuang dalam loyang yg telah di sapu minyak
  • Tabur bijan, bakar 200 C, selama 40 minit.
  • lepas masak, tun grill kan sekejap supaya atas berkerak


Saturday, July 13, 2013

4 Ramadhan 1434H: Kuih Kaswi Pandan Lemak


Assalamualaikummm :D

berturut2 kuih kaler hijau di blog tun ni kan.. hihi.. alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan utk buat kuih. semalam cuma sempat de-frost donat yg duk frozen dlm peti tu je. kuih kaswi ni salah satu kuih yg perlu buat awal2 sbb nk tunggu sejuk baru blh potong.. jd kalau buat dh dekat2 nk berbuka tu, mmg sememeh la potongan dia.


tun sgt2 suka makan kaswi pandan resepi kak besah nih.. mmg sgt nostalgia bila mkn. rasa mcm kuih yg selalu mkn kat kampung time kecik2 dulu. hihi...

ok.. selamat memasak utk berbuka :D semoga amalan kita dibulan mulia ini diterima Allah, insyaAllah.

Kaswi Pandan Lemak
Resepi: kak besah@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung ubi kayu
  • 1 cwn santan
  • 1 1/2 cwn air perahan daun pandan (3 helai)
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1/2 sudu teh AIR kapur sireh
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 bj telur (xkira saiz)
  • beberapa titik pewarna hijau.
  • secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.
Cara-cara
  1. kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. pastu campurkan kesemua bhn2 lain. kacau hingga tidak bergentel. sape suka dipuji oleh MIL..tapis lah adunan ni yer..hehe..
  2. seterusnye, masukkan adunan ke dlm loyang yg tlh disapu sedikit minyak. jgn lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. pastu kukus lah hingga masak.. dlm 20-25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sbelum mengadun adunan.)
  3. bila kaswi dah sejuk, bleh la dipotong & digolekkan dlm kelapa parut yg tlh dicampur dgn secubit garam. di rmh ni bdk2 xsuke mkn ngn kelapa parut.. tp ok jer..coz kaswi ni dah lemak rasenyer..hehe..


Friday, July 12, 2013

2 Ramadhan 1434H: Seri Muka



Assalamualaikumm~~

alhamdulillah.. akhirnya ada line internet kat umah. mati kutu juga sehari semalam telecom wat hal, so intenet xdpt. line tepon umah ni mmg dh lama x ok.. jd kt umah xleh nk guna intenet hp. sgt teramat la slow nyer.. 

jd sementara line ada ni, post cepat2 n3. kuih berbuka puasa smlm. arini xtau lg nk masak ape. huhu.. penat pg td meeting, ptg lab, ni baru sampai umah. nasib daging dh perap awal2 nnti masuk oben je. cuma xtau nk wat kuih ape. 


kuih wajib bulan puasa. bulan lain jarang2 buat kuih tradisional camni. hihi.. half adunan dpt satu loyang 9inch spt di atas ye. potong2 dpt la dlm 36 ketul. cukup la nk kasi kt jiran tetangga sorang sikit. puasa2 ni xmkn kuih byk pun, saje2 nk memeriahkan ramadhan dgn buat kuih utk berbuka :)

ok.. selamat berbuka ^^

Kuih SeriMuka
Resepi: NanaSham
sumber: tun telani

Bahan-bahan

Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair - tun guna santan kotak, campur dgn air 1/4 bahagian
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur- utk separuh adunan, tun guna 2 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste) - tun guna pandan paste

Cara-cara

Untuk lapisan bawah:-
  • Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  •  Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min. - tun rendam 2 jam
  • Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  • Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  • Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  • Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi.
  • Siap untuk dilapis dgn lapisan atas. - tun lapik loyang dgn plastik supaya senang nk keluarkan

Untuk lapisan atas:-
  • Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  • Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam
  • Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  • Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji.
  • Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!! - tun blendkan je semua bahan..
  • Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas.
  • Kukus la selama 45min atau 1jam....


PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan 1434H: Puteri Ayu


Assalamualaikummm /XD

alhamdulillah.. alhamdulillah.... bertemu lagi dengan Ramadhan, bulan yg penuh keberkatan, yg didalamnya, pahala dilipat-gandakan.. semoga sama2 kita manfaatkan kelebihan yg Allah berikan ini, insyaAllah :)

alhamdulillah juga, arini tun kelas pagi je, jd petang dapat la membuat kuih lebih sikit utk diberikan pd jiran tetangga sempena meraikan kedatangan Ramadhan ni. kita blogger masak2 walaupun ada sebelum ini ada beberapa isu yg x enak di dengar, insyaAllah, jika ikhlaskan niat kerana-Nya, byk pahala yg Allah ganjarkan walaupun kita hanya berkongsi resepi. tun pun harap readers blog ini sentiasa doakan tun dimurahkan rezeki dan diberkati hidup :)


awat bahasa skema je intro kali nih. hihi.. arini Alhamdulillah baru siap kukus kuih puteri ayu nih. tun guna resepi apam marmar sbb ni resepi feveret tun, pernah juga guna resepi puteri ayu yg betul2, tp guna resepi apam marmar lg sedap lah. hihi.. comot sket rupa puteri ayu tun tun sbb acuan x byk, jd blm betul2 sejuk dh cuba keluarkan dr acuan sbb nk recycle guna kan, jd ada yg melekat2. gambar atas dulang je, xde nk hias2  atas pinggan bagai sbb buka puasa lambat lagi.

tq cmg atas perkongsian resepi apam marmar yg menjadi kegemaran tun. selalu sgt guna resepi ni, dan semua org yg penah mkn semua pun kata sedap :D 

satu adunan ni dpt byk.. 4kali juga masuk kukusan nih.

Puteri Ayu
resepi asal: apam marmar, CMG@myr
olahan: tun telani


Bahan2:
  • 250 g tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 200 ml santan- tun guna santan kotak 
  • 200 g gula halus 
  • 2 biji telur Gred A 
  • 1 camca teh esen pandan
  • 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
  •  Secubit garam 
  • Pewarna hijau
 Bahan kelapa:
  • 1 1/2 c kelapa parut
  • 1 sb tepung ubi
  • 1 sk garam
    • gaulkan semua
 Cara2:
  • Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  • Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
  • Masukkan pewarna hijau dan gaul sebati.
  • Letakkan kelapa parut dan acuan puteri ayu, tekan2 sikit. tuangkan adunan dan kukus selama 7 minit atau hingga masak.

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Kareem!!~~



Assalamualaikummmm ^^

insyaAllah esok umat Islam di Malaysia akan menyambut tetamu agung yg dtg setahun sekali. jd dikesempatan ini tun ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kep
ada semua pengunjung blog ini, ampunkan salah silap yg pernah tun buat samada disengajakan atau tidak..


cnp dr n3 last year :)


Check-list Ramadhan dr spreadsalam.com.  semoga kita termasuk dlm golongan yg memperoleh manfaat, insyaAllah
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada Semua ^^

Thursday, June 27, 2013

Gulai Ikan Kering dengan Petola + Terima Kasih Jelita July 2013


Assalamualaikumm~~~ :)

bersiaran dari kampung halaman terchenta :x  mencutikan diri sendiri sesuka hati sbb sgt bosan duk di rumah bila my laling xde. dh nearly a week kat kampung, nearly tiap2 hari jugak cooking n baking dgn gumbiranya.. tp sbb x bw balik kamera, so mood men-shooting tu down sket..tp sbb rasa mcm nk mmbuang habuk kat blog ni, tun klik2 je la gambo ngan hp ni haa.. 

menu lunch semalam.. dah lamaaa sgt x makan gulai ikan kering. mula2 nk wat gulai ikan, pastu terjumpa pulak ikan kering dlm peti. so dgn semangatnya wat gulai ikan kering.. pastu malas nk masak sayur, campak je petola dlm tu. haha.. petola dr umah tok sedara kt kuala berang. suka gi umah dia, nk makan, gi je kutip sayur2 keliling umah. mcm2 ada.




Gulai Ikan Kering dengan Petola

Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 3 keping ikan kering yg sesuai
  • 3 bj bwg merah*
  • 1 ulas bwg putih*
  • 1 cm lengkuas*
  • 1 sk kunyit
  • 1 sb cili giling
  • 1 asam keping
  • 1 cwn Santan pekat
  • 1 batang petola 
  • Cili padi- jika suka

Cara2:
  • Blend bahan bertanda *
  • Masukkan bahan blend dlm periuk bersama santan, cili giling dan asam keping. Masak hingga santan mendidih.
  • Masukkan ikan kering dan masak sampai ikan kering agak lembut.
  • Masukkan petola dan cili. Masak sebentar.
  • Perasakan garam.

 Owh.. terima kasih tak terhingga kepada krew2 penerbitan JELITA kerana sudi me-review blog tun  /XD  tiba2 semalam nmpk gambar ni kat FB. tenung2 mcm ku kenal blog itew.. tgk2 mmg blog tun. hihi...

ada juga review akak2 kesayangan tun, kak CT dan kak anymz. jangan lupa dapatkan majalah Jelita bulan ini.. tgk tuu.. ada byk resepi berbuka dan bersahur ^^




Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.