Sunday, July 21, 2013

11 Ramadhan 1434H: Kuih Belimbing


Assalamualaikummm :)

Subhanallah.. sedar tak sedar dah masuk 2/3 Ramadhan kan.. semoga kita terus istiqamah dalam berterawikh, bertadarus, dan terus marathon beramal ibadat  ^^

Minggu ni sgt2 memenatkan. penat badan dan penat otak.. smlm pun ada extra class. bulan2 puasa ni tak larat nk membebel byk2 dlm kuliah... tp  sbb ramai student yg fail this sem, nak tak nak terpaksa la bebel2 jugak. huhu... research phd pun kene marathon jugak sbb progress sgt slow. susah betul la order brg2 kt malaysia nih. lambat betul response dr supplier. tp procedure uni xleh order dr oversea terus :( semoga nx week ada la reply dr supplier, kalau tak mmg meroyan xleh nk start screening test.

versi gemuk2 ala ulat mulong :p
ok lah... ni kuih yg wat smlm.. blk umah kepenatan ingat nk guling2, tp duk fikir rugi la pulak pahala bg kuih2 berbuka kt org sehari.. so masuk dapur godek2 apa yg senang.. dh lama x buat kuih belimbing nih.. ala2 churros, tp last time buat churros mcm keras sket.. ni sedap je makan. my laling xtau kuih apa nih. hihi..

sbb xde acuan yg sesuai, tun guna nozzle icing tu. byk kali la jugak tukar piping bag tu sbb pecah. huhu... struggle la jugak. tu yg lps tukar nozzle besar tu.. dh xnmpk rupa kuih belimbing, tukar nama jd kuih ulat mulong la.. kui kui.... resepi dr kak hana.. tq kak :x

Kuih Belimbing
Resepi:kak hana
Sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan marjerin/butter
  • 1 sudu makan gula
  • esen vanilla

Cara-cara
  • Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
  • Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu. - tun guna mixer mata cangkuk
  • Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
  • Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm. - tun picit sampai habis dulu baru goreng
  • Goreng hingga kekuningan dan angkat.
  • Taburkan gula. Sedia utk dmakan! - tun gaul dlm gula ising

11 comments:

inahar ali said... [Reply]

salam tun..akak x pernah lg rasa kuih belimbing ni tp klu tgk resipi dh cam wat cream puff jerkan cuma kuih ni kita goreng ek..leh try nnti!

Mas said... [Reply]

akak pun tak pernah rasa dan buat lagi kuih belimbing ni...
terasa nak meneraii lak.. :)

Kem Mirza said... [Reply]

nampak sedap dan mudah sekali membuatnya

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

nmpk mcm resepi puff ye Tun,bole gak ni try utk buka pose...bdak2 msti suka ni...

zana fahmi said... [Reply]

Rajinnya Tun ni, akak yg surirumah pun kekadang malas nak buat. Tapi tengok senang je, boleh cuba kot.

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

salam tun...
kejap je kan.. pejam celik pejam celik.. dah masuk 13 hari puasa hari ni.. moga kita sentiasa berebut2 untuk melakukan ibadah sebaik mungkin..
teringin pulak nak mkn kuih belimbing ni bila tun tayang.. dah lama tak mkn.. akak pernah mkn pun yg mak sedara yang buat.. nak cubalah resepi ni.. harap2 ada kerajinan.. tq tun bg idea..

EmbunRosaliza said... [Reply]

Assalam tun, akk pun tak pernah buat kuih belimbing ni, nampak mcm sedqp n ranggup je.

memang cepat betul masa berlalukan tun, selamat beribadah,

Erani Zuhran Mohd Nor said... [Reply]

sedapnya... kalau mat saleh diorang panggil churros (** kalau tak silap)... rupanya orang melayu panggil belimbing.

JaSSNaNi said... [Reply]

assalamualaikum tun..
sedap nampak biskut ni... dah 13 hari kita puasa kan.. x lama lagi makan biskut raya lah.. :D

Gee® said... [Reply]

Bestnya Tun....

Amie said... [Reply]

Tun... cantiklah kuih belimbingnya tu Tun...