Tuesday, October 1, 2013

Popia Basah Umie


Assalamualaikummm :)

Diam tak diam dh masuk bulan oktober kan.. kejap je dh nk akhir tahun.. sbb tu dlm Qur'an ckp hidup kat dunia ni mcm sekelip mata je.. kalau kita kejar dunia, mmg kita telah mengsia-sia kan kehidupan kita, sbb dunia ni sementara kan, just jambatan utk ke akhirat. ntah esok lusa dh xde kita kt sini.. insyaAllah jom sama2 kejar akhirat, sbb kalau kita kejar akhirat, insyaAllah dunia Allah akan bagi.. :)

haaa... tu dia.. tiba2 ustazah tun telani bg tazkirah petang2 hari ni kan.. hihi... ok laa..back to the recipe. popia basah yg tun buat semalam.. both of us tak berapa suka mkn popia basah sebenarnya. tun penah mkn sekali je zaman kt kolej dulu, beli kat bazar ramadhan seksyen 18 shah alam (time tu duk kolej akasia kt ngan Giant tu). tak kene ngan selera,:( tu la 1st n last time tun makan.. pastu last week duk ckp2 ngan akak jiran kt bawah, dia gi sebut pasal popia basah. jd tun pun xde keje cari keje kan, mlm tu godek2 la resepi popia basah.. nmpk mcm senang je, kalau x cuba xtau macam mana kan.. so smlm merajinkan diri buat popia nih.. kulit dia kalau tgk teknik kat myresepi tu, tun rasa mmg xkan berjaya buat. jd tun guna silikon spatula, amik sikit aduanan, pastu bentukkan bulat ngan spatula. Alhamdulillah, senang je buat skin dia :D



Popia Basah Umie
Resepi: umi_e
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis - diricih halus
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering- tun guna isi ayam
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
Bahan untuk sambal***
  • 15 tangkai cili kering- tun guna 3 sb cili giling
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

  • campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
  • gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
  • ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat gambar kat myresepi)- tun guna silicon spatula utk lengserkan kat kuali nipis2.
  • setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
  • angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
  • ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  • Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng- tun lupa letak bawang goreng
  • lipat macam biasa dan gulung
  • sedia untuk dimakan :)

11 comments:

Mel said... [Reply]

U yg buat phd, u yg byk masak.
Terbalik pula ngan i. Mengenangkan barang dapur xde, macam sedih je tgk orang masak2 ni...huahuaaa

Teringinnya popia basah..Gile sangat suka!

Mas said... [Reply]

akak pernah try resepi ni..
memang best..

tun_telani said... [Reply]

@Mel kesian kat yu kan.. yu pon rajin masak jugak. xpe2, wiken ni turun bandar, beli barang penuh kereta..

Anna Qawina said... [Reply]

Ok bagi 5 ringgit ye..xde masa nak buat sdri eh..haha..bestnya la kalo dpt mkn ni

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... [Reply]

Sedapnya Tun buat minum ptg... lapor akak tengok ;)

Sury Abil said... [Reply]

Salam tun,wahh...sedap popia basah ni kalau g pasr mlm mesti x tinggal kena beli..lepas ni blh lh try but sendiri.

ZalinZalina said... [Reply]

Feveret kak ina popiah basah ni...tapi sekarang kat pasar seksyen 6 harga dah RM1-00..mahal kan..

Cheq Sue said... [Reply]

pernah try gak tun resepi ni sekali...kemain bercinta nak buat kulitnya tu... bila gulung sampai terkoyak gitu...

Wani said... [Reply]

ada hari tu tengok kat gerai jual kat mydin dalam rm 3.50 tak silap utk 3 gulung.. eh mahalnya sekrang ni sume nek harga ..ada buat sekali tapi apasal cam x jadi je hihi...

Liza said... [Reply]

peberet family akak ni, tapi mls sungguh nak buat sendiri, selalu beli je...

Rohah said... [Reply]

tq bg tazkirah tu ye Tun...[insaf jap]..
tun, akk br bangun tido ni..lapo,uhuuu
tdmmg nak wat kuih, tp bangun2 mcm dah petang campur malas..tak jdapa2 le...
ak suka makan ni tun...terus ngidam pulak..uhhh