Saturday, October 19, 2013

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Assalamualaikum /XD

Alhamdulillah.. tun kat kampung halaman terchenta sekarang.. gumbira walaupun xsemua ada kt kg. abg ipar tun xcuti lama, jd akak tun dh blk kulai ptg raya, jd xsempat nk jumpa. adik tun yg study kt penang pon dh balik sbb ada archery tournament. huhu... 

nway.. lama x update blog. b4 raya marathon kerja sbb nk cuti. pastu blk umah in law xde intenet. sementara duk kt kg tun nih, manfaatkan intenet semaksima mungkin. hihi... 

ni menu lunch td.. byk daging dlm peti xtau nk masak ape.. teringat penah tgk chef anis buat daging salai masak lemak kat tibi.. so terus kuarkan daging utk masak lemak. chef anis bakar dlm oben, tun wat gaya pemalas, bakar atas dapur je.. kejap je masak :D

daging bakar atas dapur
x bawak blk kamera, jd sepanjang duk kt kg nih, gambar guna hp je lah..

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
resepi: tun telani

Bahan2

  • 500g daging lembu- potong nipis
  • 200 ml santan - guna santan kotak
  • 2 btg serai - ketuk
  • 6-10 bj cili padi - tumbuk- ikut toleransi kepedasan masing2
  • 1/2 bj bawang besar - tumbuk
  • sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk - tun letak dua2
  • 2 keping asam keping
  • air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara2
  • Gaul daging dgn kunyit dan garam dan bakar smp masak
  • Campurkan santan, serai, cili padi, bawang, asam keping dan air dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan daging, perlahankan kan api dan masak hingga agak2 rasa dh sebati dgn kuah. kacau sentiasa.
  • Perasakan garam, siap!

6 comments:

Mel said... [Reply]

Sedap tu masak lemak..Memang feveret sangat..

Selamat bercuti puas2. Bawa balik udara semenanjung tu mai sini..hehe

Sury Abil said... [Reply]

Daging ada byk blh salaikan gak ni..

ibh_sue said... [Reply]

Tun. . Sedap tu. Masak lemak cili padi. Buat pedas2 dan lemak gitu. Kompem boleh x sedo menambah nasi tau.

ZalinZalina said... [Reply]

Tun...anak bujang kak ina suka makan masak lemak salai ni..haritu baru kak ina masak talapia salai..kuah masak lemak salai tu yang rasa sedap sangat kan :)

HomeKreation said... [Reply]

Aslmkm. Isyk2.... meleleh air liur nengok ni.... rasa cam nak buat gak ler Tun oi.... hehe

Khamalia Baharudin said... [Reply]

Harini saya buat gulai daging salai untuk famili....nyum2...!!:) mmg mantopp!...