Tuesday, October 22, 2013

Slice Cheesecake

gambo hp je..
Assalamualaikummmmm /XD

Rajin x tun? tiap2 hari baking.. hihi... gumbira duk kat kampung :D mcm2 masak dan ramai tukang makan.. tp mlm nnti dh nk balik umah in-law semula kat segamat. xtau bila lg nk blk kampung nih sbb lepas ni most probably busy ngan research :(

nway... ni salah satu kek feveret tun.. sgt sedappp /blush tak puas makan.. buat utk adik2 tun bawa bekal, pastu hntr umah mak sedara sket. semua puji sedap. alhamdulillah.. ^^

makan time sejuk2.. sedapp
masih lg guna resepi yg sama.. dh byk kali buat nih, cuma xde la amik gambar tiap2 kali buat kan..

Slice Cheese cake
Resepi: Onigiri@myr
adapted by: kak haSue

Bahan2:
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus - 1/2 cawan
  • 110g tepung gandum - 1 cawan + 1 1/2 sudu besar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/marjerin
Cara2:
  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. 

14 comments:

asyifa mustaffa said... [Reply]

mmg nmpk sedap...!

Mas said... [Reply]

sedap...moist jerk kek tu

Qhaifa Nur said... [Reply]

sedapnya ......

Mel said... [Reply]

Cun laa kek dia...gebu je..Nak jugak buat!

**Ai nak balik kampung bulan 11..Kasi u jeles pulak**

LinRosly said... [Reply]

Assalamualaikum Tun..
Sedapppnya!! tak nak bagi Kak Lin rasa ke? ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply]

duluuuuuuuuuuuuuu.. pnah buat, tapi tak jadik psl merinque masuk air.. huhuhu

Liza said... [Reply]

salam tun, dok kat kpg ye, bagus2..hihii
kek tu kan buat akk terliur, rasa nak terus mamam je...

JaSSNaNi said... [Reply]

assalam tun..
windu lah nanti org kampung nak makan kek tun buat yer lepas ni..
Saya tak penah lagi cuba buat guna cheese slice.. hari tu guna cheese bantal..

Gee® said... [Reply]

yummy..!! yummy..!! yummy..!!! Tuuuunn...!!! k.gee nk cikit....

rostina76 said... [Reply]

confirm sedap ni. lebih kurang cara bt snow cheesecake gak ekk. btw yg merah2 tu tun tambah apa? xde dlm resepi.

ZalinZalina said... [Reply]

Cantik kombinasi warnanya Tun :)

fazianbatrisyia said... [Reply]

lama x ulang buat. kek ni mmg sedap.

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

terliur plak tengok kek tu tun.. dah lama akak tak beli slice cheese tu.. mcm tingin plak tgk kek tun tu..

tun_telani said... [Reply]

Saje asingkan sket adunan tambah kaler kasi cantik kak... hihi...