Thursday, October 24, 2013

Khao Mok Gai (Nasi Komok aka Nasi Minyak Thai)

gambar kurang cantik sbb guna hp

Assalamualaikumm :)

n3 auto publish ye.. sbb time ni tun dh kat umah in law kat segamat. xde intenet kat umah, nk post n3 guna hp xberapa pandai nk masukkan gambar. hihi... dah lama xbuat nasi komok nih.. tun duk pikir2 nk masak nasi apa yg special sket, teringat kt nasi komok nih sbb xpenah buat lg kt kg.

xtau nk tulis apa... tun xbape sihat skrg. dh nk habis cuti agaknyer, terus sakit kepala, sakit tekak, sakit perot, semua pon ade :-&


ok.. resepi cnp ye.. tq pada penyumbang resepi yg sedap nih..
 
Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Minyak Thai
Resepi asal: Azian , Aisya Khuzaimah
Sumber: Kak Anna, Kak Ayu, tun telani


Rempah Komok

  • 2 sk serbuk kari ayam/daging
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk ketumbar
    1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk kayu manis - tun xletak sbb dh letak rempah kasar kayu manis
  • 1 sk garam
  • 1sk gula - tun xletak
Bahan2 Nasi
  • 5 cawan beras basmathi 
  • 4 sudu minyak sapi -
  • 4-5 ulas bawang merah*
  • 1 Inci halia*
  • 4 Ulas bawang putih* 
  • 3 batang akar ketumbar- xletak
  • 2-3 Sudu rempah komok
  • 200 ml susu cair
  • 1 ekor ayam
  • 8 cawan air - air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
  • 2 bay leaf- optional
  • bawang goreng
    (*Hiris benda bertanda*)
Cara2
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. tun masukkan masukkan bay leaf.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, tun lumur dgn lebihan rempah komok). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.


Bahan Sos Cili
  • 1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
  • 6 biji cili merah*
  • segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
  • 4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 4 tangkai daun ketumbar*- tun skip
  • gula, garam ,cuka - secukup rasa (tun letak gula melaka)
Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

3 comments:

Cheq Sue said... [Reply]

dah nak habis cuti, macam2 sakit yang datang. cheq sue suka statement tu... hi hi hi...

tun_telani said... [Reply]

Hahaha... tu la pasal

Zaliedana said... [Reply]

mmg sedapkan nasi komok nih..kak ct aritu kirim rempah dkt Yana smp rm20,tahla bila taun bru nk abis,hihi