Wednesday, January 21, 2015

Apam Susu


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga buat apam susu yg sikit punya lamaa duk queue.. kalau tgk kat fb bertubi2 org buat apam susu nih, macam2 sumber sampai tun pon pening nk cari sumber yg asal resepi nih.. last2 tun letak sumber yg paling byk org guna, yg kak azlita masam manis. huhu..

tun buat apam susu ni wiken aritu. ada buat MABIT dgn kawan2 usrah. sblm ni tun join sekali MABIT tido kat surau, tp sbb harith kecik lagi, mlm balik tido kat umah la.. tunggu besar skit blh bawa harith qiam sekali kat surau insyaAllah :)


skrg tun tgh kemaruk cokelat.. habis semua dessert nk campur cekelat.. haha.. jd apam susu ni 2/3 adunan tun campur ngan serbuk coklat. pastu skrg baru stat guna esen pisang. sedap la pulak bau esen pisang nih.. jd kuih2 yg kaler2 ni camni, satu bahagian tun akan campur esen pisang.. tp encik laling tun cakap bau esen ni kuat sgt.. huhuhu.. kuat ke tak kuat ke, tun mmg dh jatuh cinta kat esen pisang.. buat masa skrg mmg guna esen pisang ngan vanilla. tunggu lama2 nnti dh bosan baru try perasa lain pulak. 


ok laa.. kat uni nih.. siap punya awal sibuk duk mngapdate blog pulak.. kih kih.. n3 laju2 je nih.. dh upload gambar semua semalam, nk taip sikit2 je pagi nih.. nnti bila dh tepu wat kerje tun BW, insyaAllah :)

Apam Susu
 Resepi Oleh : Sabrina Khan (no link)
Rujukan : Nana Aboy, Azlita Masam Manis, Tun telani

Bahan2:
  • 2 cawan tepung gandum
  •  1 sudu teh baking powder
  •  4 biji telur
  •  1 cawan gula halus
  •  1 sudu teh esen vanilla
  •  1 sudu besar ovellete
  •  4 sudu besar susu pekat manis
  •  4 sudu besar minyak jagung
  •  Pewarna yang di sukai
  •  Perasa 
 Cara2:
  • Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
  • Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan
  • Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
  • Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
  • Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
  • Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
  • Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi. Kaup balik adunan rata
  • Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
  • Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka. Gaul rata
  • Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
  • Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
  • Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
  • * tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
  • Angkat apam setelah masak
  • Keluarkan dari loyang
  • Potong bila ianya telah sejuk



5 comments:

LiNa_Pg said... [Reply]

Assalam Tun..
Apam ni dah merata alam dah org menerai, kak lina belum lg berkesempatan nk cuba.
Nampak gebu gebas apa susu ni..nnt boleh cuba gak la..one day hihi..
Bila tu xtau la

Wani said... [Reply]

salam singgah.. tun.. nampak sedap pulak apam susu ni..kejadian pun cantik tapi letak ovalette.. huu .. entah nape kurang sikit bau ovalette nii..

Cheq Sue said... [Reply]

cheq sue pun jap lagi nak buat gak apam susu ni... asyik tengok orang buat je kan, mana boleh

** tun dah terima ke hadiah GA haritu? cheq sue dah pos 5 hb lagi... nanti update ya...

Mel said... [Reply]

assalam tun. mel pernah juga masukkan esen pisang tapi macam tak tahan hidung ni. tak tau pasaipa..pastu terperap dalam almari tu tak pernah guna dah. expired dah gamaknya..uhuu

babYpose said... [Reply]

Asalamualaikum, nampak sedap, gebu.