Thursday, June 20, 2013

Garlic Fish


Assalamualaikumm...

hihi.. ingatkan xkan letak n3 dh this week.. tiba2 teringat pulak kat ikan tilapia yg duk dlm peti tu.. x sempat nk habiskan masa my laling ada. xkn nk tunggu dia blk bulan depan baru nk masak, kan. so terpaksa la merajinkan diri masuk dapur.. owh.. i'd been surviving on biscuits and junk food for the past few days.. muahahaha... sungguh kurang sopan.

balik uni bukak lappy utk BW, nampak kak mas tayang garlic fish nih.. senang ala2 sweet sour gitu.. dh lama tun x guna sos plum tu. agak2 dh nk expired dh pun. hihi.. tapi kalau x berkulat tu, kira halal lah.. :p


gambar x bape cantik sbb guna kamera hp. ada org pinjam pulak dslr tu. sbb ikan tilapia tun saiz kecik je, sos tu tun kurangkan.. pastu dh x bape nk rajin masuk dapur tu kan, ikan tu tun goreng garam kunyit je. malas nk celup2 tepung bagai. haha.... tq kak mas for the easy recipe :x sedih pulak xleh komen kat blog akak.

Garlic Fish
Resepi : MasDuniaku
Sumber: tun telani

Bahan :
  • 1 ekor ikan talapia
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada putih
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • minyak secukupnya untuk menggoreng ikan

Cara memasak :
  • Talapia dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman ikan tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5 minit dan cuci kembali dan toskan.
  • Lumurkan talapia dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
  • Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan talapia dengan campuran tepung tadi.
  • Goreng talapia hingga garing dan masak.
  • Angkat dan toskan.
  • Letak dalam pinggan hidangan. 
  • ** tun cuma goreng garam kunyit je

Bahan Sos :
  • 1/4 cawan sos tiram Maggi
  • 3 sudu besar sos plum
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus
  • cili padi - ikut pedas dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar - potong bulat2
  • 1 tangkai daun bawang - potong2
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • sedikit air panas

Cara memasak :
  • Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
  • Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
  • Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas talapia tadi.
  • Sedia dihidang.. 


Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

10 comments:

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

simpel dan mnarik nmpknya Tun....bole cuba ni....:-)

Bbwana adienia said... [Reply]

salam..

sedapnya garlic fish tu..makan memang menambah nasi ni..hehe..

Mel said... [Reply]

Mana nak ku cari ikan ni tun..sedapnya..tang kuahnya tu yang menggoda..Hari tu rumah ni ada sos plum, baru guna 2-3 kali, pastu dah expired. sabar jela daku..lain kali beli botol kecil je

**Dakpe makan biskut, nanti cik abg lik, boleh masak dan makan banyak2..Lagi2 nak puasa ni ^^

Amie said... [Reply]

Selamat pagi Tun,
comel ikan tu berposing ye Tun... tak sabar nak ngap dengan nasi panas nih... habis semua kuah-kuahnya tu nanti!

zila norazila said... [Reply]

Slm tun.
Akk pun rajin wt camne.tp suka ltk blk paper..jrg bli talapia..biasa guna siakp..klu lauk cmne mmg skali adap jew.he hee sedap ..

Tina Othman said... [Reply]

Survive junk food je tun, alahai kenyang ke mkn main2 mcm tu

Bestnya tilapia tu, rasa nak buat jk tp ada siakap je tu

inahar ali said... [Reply]

masakan sempoi tp sedap cenggini yg membuatkan bertambah2 nasi ulangan kan tun..hehe!

cik cek said... [Reply]

Tun...
Yg simple...tapi pastinya sedap...:)

Kem Mirza said... [Reply]

nampak simple tapi menggiurkan

Qasey Honey said... [Reply]

QH pon dh kebas resepi ni hrtu..tp lom smpt lg nk try..mood nk mkn ayam aje skrg..hehe