Wednesday, June 5, 2013

Homemade Kimchi


Assalamualaikummmmm~~~


Few days x ber-update. sarawak cuti 4 hari- sabtu-selasa, and jarang2 cuti lama, so meng-holiday-kan diri dgn hebatnya.. n sbb tun ni prone to sickness, been feeling sick since the holiday.. uuu uuuu... /blur

Kimchi ni tun buat last week.. hasben tun peminat kobis jeruk, sayur jeruk, dan apa2 laa yg sewaktu dgn nya.. jadi kimchi ni mmg dia blh mkn dgn banyaknya.. hihi.. dh lama cari resepi kimchi, mmg mahal betul kalau beli. nmpk kak sheila buat kimchi terus berkobar2 nk buat sendiri, cuma duk bertangguh sbb bahan selalu x cukup.


Alhamdulillah.. sedap.. lepas peran 2-3 hari, rasanya lebih kurang kimchi import yg tun penah beli :) x sia2 mencuba. tun mkn dgn nasi dan bubur. lepas tu wat nasi goreng kimchi. xsempat nk amik gmbr nasi goreng kimchi tu. len kali buat lagi..

Kimchi Berhasiat
Resepi : Kak Zanita Ramli
Sumber: kak Sheila, tun telani

Bahan-bahan:
  • 1 lb kobis napa yang dicuci dan dihiris - tun guna 1 biji
  • 1/4 cawan garam himalaya atau garam laut + 1 mangkuk air suam, kacau hingga larut
  • 1/2 biji pear dibuang kulit
  • 1/2 biji epal dibuang kulit
  • 1 bawang besar saiz kecil
  • 3 tangkai daun bawang yang dipotong
  • 1 tbsp bawang putih yang dicincang
  • 1 tbsp halia yang dicincang
  • 4 tbsp serbuk cili kering (serbuk cili ni tak pedas)
  • 3 tbsp air rebusan ikan bilis ( 3 tbsp ikan bilis + 1/2 cawan,rebus dan biarkan sejuk)


Cara-caranya:
  • Masukkan kobis ke dalam bekas dan tuang air garam, gaul rata dan biarkan selama 4 jam. Tutup bekas.
  • Kisar pear, epal dan bawang tanpa air
  • Selepas 4 jam, kobis dibilas 2 atau 3 kali dan perah kobis perlahan2 supaya sejat air.
  • Masukkan serbuk cili, bawang putih, halia, air rebusan ikan bilis kedalam mangkuk bahan2 yang dikisar dan gaul rata.
  • Masukkan adunan no.4 ke dalam mangkuk sayur kobis dan daun bawang. Gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam balang kaca kedap udara.
  • Selepas 24 jam bolehlah masukkan balang kimchi ke dalam peti sejuk.
update: ni laa rupa kobis yg tun guna :)

Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

15 comments:

mala said... [Reply]

suka sangat kimchi ...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... [Reply]

Wah Tun bravo la...isi rumah kak ros peminat tegar drama korea...kak Ros nak buat kimci bagi dia org makan...yang beli kat supermarket tu tak sesedap mana pun>>>

Fiza Nordin said... [Reply]

kobis napa tu mcm mana rupenye tun?

zana fahmi said... [Reply]

Tun...kakpb teringin nk mkn kimchi cuma xtau kat mna boleh jumpa. Ada resipi ni, boleh la cuba. Kobis napa tu susah nk jumpa warna hijau. Yg putih boleh ke?

Sury Abil said... [Reply]

Owww..guna kobis tu ye..nnti nk try gak...suka gak jeruk ni..:-)

zila norazila said... [Reply]

Rajin tun..akk klu yg jeruk2 kurang sikit..tp nmpk sedap la tun..

Mel said... [Reply]

teringin nak makan kimchi tapi yg segera punya mak aiii mahal bebenor..bolehlah try buat pasni..ahad ni pn nak kuar, boleh cari bahan2 tu. :)

Qhaifa Nur said... [Reply]

kalau masak asam pedas mesti ada kimchi ni...

dZana said... [Reply]

tak pernah mkn kimchi ni.. tunggu mood korea smpai nanti akk cuba.. cete korea pun tak kisah nak tgok.. hihihi.. selamat berpuasa tun.. akk nak buat bubur som2 ni tapi lum gerak2 lagi.. berat montot nak bgun.. tunggu zohor la pulak eh..

hana said... [Reply]

rindunyer nak makan kimchi... suka makan dengan nabe.. kat kuantan nih mcm tak pernah nampak jerk... ker kiter yg tak perasan..hehe

Norzila Zakaria said... [Reply]

ohh gitu ye kak tun..t leh la zila try..asben zila pun suka makan sayur jeruk gini ..

Ezadlieza said... [Reply]

salam tun....wah dari semalam dok skodeng dapur tun..tgk kimchi ni..menarik nih..nak try la...tp ada ke kobis ni yer...

ummiaisyah said... [Reply]

kiter tak penah mkn kimci ni..rasanya lebih kurang mcm sayur jeruk yg selalu nmpk kt psr cina tu..diaorg buat dlm labu besor....hehehe..beso pahala tun..buat mskn feberet somi!

Ummiakid @ lily said... [Reply]

saya hari tu 1st time makan kimchi kenalan fb bagi....sedap. Next nak cuba buat sendiri pulak. Thanks share resepi...:)

Anonymous said... [Reply]

kalau epal tu nk pkai epal hijau ke cik tun??