Sunday, June 9, 2013

Khoeng Namul Guk (Korean Bean Sprouts Soup)



Assalamualaikummm :)

Last day cuti sekolah bg most people kan.. tun pun dh stat sem baru starting monday. this sem ajar bdk2 sem 1.. hihi.. sure baik2 je.  penah ajar students 1st sem and also sem 4. mmg mcm langit dan bumi.. bdk2 yg dh agak besar ni, kepala pun besar jugak.. cikgi dia ni pulak yg pening nnti. 

apa2 pun.. back to the menu.. actually, tak terpikir pun nk mencari resepi korean soup nih. tp sbb ada sorang reader kat FB tanya resepi ni. dia ckp sup ada tauge dan kobis. tun xpenah makan, jd xleh nk imagine.. so tanya la encik gugel.. dlm byk2 korean sup, yg ni yg paling menepati gambaran. hihi... jd try and error je la kan.. Alhamdulillah, my laling minat betul ngan sup nih :D


sesuai bagi yg ingin berdiet.. mmg sedap dihirup mcm tu je.. tp tun op kos la serve ngan nasik kan.. hihi.. to that reader, semoga menepati citarasa. selamat mencuba ^^


Khoeng Namul Guk (Korean Bean Sprouts Soup)
resepi: Yobodish
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 6 cwn air
  • 1/3 cwn ikan bilis atau 1 sk serbuk pati ikan bilis
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 sk garam
  • 2 sk kicap cair
  • 1 sk chili flakes or chili powder
  • 1 peket taugeh
  • 1 cwn kimchi - resepi di SINI
    3 tangkai daun bawang - potong panjang2
    2 sk bijan - utk tabur

Cara2:
  • Rebus air dengan ikan bilis selama 5 minit dan tapis. Jika gunakan pati ikan bilis, just didihkan air bersama pati ikan bilis.
  • Perlahankan api dan masukkan bawang putih, garam, kicap, dan serbuk cili. Tutup dan panaskan selama 10 minit.
  • Masukkan tauge dan kimchi dan masak hingga lembut.
  • Masukkan daun bawang.
  • Masukkan dalam mangkuk dan tabur bijan jika suka.

Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

12 comments:

adda syuhada said... [Reply]

salam akak...
rajin betul akak masak yer..adda kalau sup2 ni suka sgt..

Nadz Nazharzan said... [Reply]

Assallamualaikum Tun..

Tun, kak Nadz pun suka juga sup ni kalau ada adik yg bernama Hawa tu tolong masakkan..heeheheheee..

Wani said... [Reply]

yum.. memang sedap sup macam ni.. tapi kena ada kimchi lak...

Norzila Zakaria said... [Reply]

siap ada kimchi ye kak tun..sedap jugak ye masak gini

Amie said... [Reply]

Tun memang pandai pilih menu yang sedap & berkhasiat!

Tina Othman said... [Reply]

Kena buat kimchi dulu baru boleh buat ni, nampak menarik

Rohah said... [Reply]

Sup2 ni mmg sedap...tp klu nk buat ni kena sediakan kim chi dululah ye tun..

Gee® said... [Reply]

Sedapnya makan sup begini...

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

salam tun..
akak tak pernah sekali pun cuba masak masakan korea ni... bilalah nak mencubanya ye...

kimchi pun tak pernah buat.. padahal dah lama akak simpan satu resepi yg ambil dari youtube.. teringin nak cuba sebenarnya.. tp resepi tu ada campur sotong fresh.. tu yg mcm was2 nak cuba.. hihi... nampak resepi tun kongsi kat bwh tu bahan2 mcm mudah je kan.. harap2 ada kerajinan utk mencuba.. nak kena cari kobis tu dulu.. kena ronda pasaraya atau pasar besar baru jmpa.. kat kedai2 runcit mmg tak pernah nampak..

cikmanggis said... [Reply]

selalu nampak dalam drama Korea dorang makan sup tauge..apa rasanya tun?teringin nak cuba

Kak Nik Ja said... [Reply]

alahai Tun bergulung lidah KNj nak menyebutnye...hihi...ahh kena blajar lah masak korea ni...anak dare akk kata nya nak cari asben korea..huhu...:P

Ayu said... [Reply]

Assalam Tun,
korean bean sprouts ni akak pernah makan di seoul garden hot pot restaurant..tapi taugeh yang digunakan taugeh kasar2 tu..memang sedap macam rasa asam rebus pun ada..:)