Sunday, June 2, 2013

Menu Farewell Party kak Jannah

Assalamualaikumm~~~~

1st n3 di bulan jun.. dh half year berlalu rupa2nya. mcm baru je sambut thn baru aritu.. bila tiba2 terasa mcm lajuuuu betul masa berlalu, mmg terasa mcm 'dunia kata pergi kubur kata mari'.. semoga akhir hayat adalah dalam keadaan beriman, aminnn....

erk.. nape ada tazkirah ringkas arini ye? nway.... ni aktiviti semalam.. ada staff kt sini yg berjaya pindah ke semenanjung -much to everyone's envy..huhu. Sebab wife dia is one of ahli 'kelab playground wanita adtec', so tun agak bersedih hati la jugak.. ptg2 nnti dh kurang kawan2 utk duk sembang2 di playground tepi umah ni. 

tun wat majlis kecil2 je. just ajak few families. masak pun ikut apa yg ada kat dapur je. hihi.... kebetulan baru je beli ayam 2 ekor. just tulis resepi ringkas2 je lah.. resepi tun tulis utk saiz hidangan biasa la ye.


Nasi Minyak Lobak Merah
resepi: tun telani

Bahan2:

  • 2 cawan beras
  • 1/2 cwn susu sejat 
  • air secukupnya - mcm masak nasi biasa ye, cuma kurangkan sebab dh letak susu tu
  • 1 sb besar butter - blh guna minyak sapi, tp tun x suka bau dia
  • 1 sb minyak masak - tun guna olive oil
  • 1 labu bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inch halia- tumbuk
  • 1 btg kayu manis
  • 4 bj cengkih
  • 2 bj buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 helai daun pandan - jika ada.. jarang2 tun ada daun pandan nih..
  • 1/2 batang lobak merah - sagat
  • garam secukupnya
  • pewarna ikut suka- biasa tun just guna hijau dn merah

Cara:
  • atas api, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah ratus sampai wangi. 
  • masukkan beras dan daun pandan dan gaul2 sebentar atas api sederhana.
  • masukkan dlm rice cooker, dan tambah susu, lobak merah, air dan garam.
  • masak seperti biasa.
  • siap! ^^


tiap2 kali buat makan2, ni laa menu feveret yg tun masak.. satu sebab senang campak2 je xyah goreng dulu ayam tu.. lg satu sbb pokok kunyit tun tu mmg lebat betul daun dia.. dh penuh peti duk simpan, jd bila ada peluang mmg akan berusaha guna daun kunyit nih.. resepi rendang yg dh byk kali letak.

Rendang Ayam Mama
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 kilo ayam- potong kasar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 10 tangkai cili kering- rebus hingga lembut- kalau cili giling tun guna 2 sb
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 200 ml santan
  • 2 kpg asam keping
  • Garam
Cara2:
  • Mesinkan bawang, lengkuas, halia, serai dan cili kering.
  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan ayam, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai ayam agak empuk.
  • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap untuk dihidang.



Selalu juga beli dori fillet ni. biasanya sbb malas nk gi pasar basah cari ikan. hihi.. kalau ada dori tun mmg biasa akan buat sweet sour, xpun wat fish n chips :)

Dori Sweet Sour
Resepi: tun telani

Dori Sweet Sour
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 filet ikan dori- salut tepung jagung dan goreng garing
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 icnh halia- tumbuk
  • 3 bj cili api- just belah tengah sket- kalau ada budak2 x perlu letak
  • 2 bj cili merah- hiris
  • 2 sb sos tiram
  • 1/4 c sos cili
  • 1/4 sos tomato 
  • 1/2 batang carrot - potong ikut suka
  • 1/2 batang timun - potong dadu besar
  • garam
  • sedikit air

Cara2:
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai wangi.
  • masukkan cili merah dan cili padi, tumis sebentar
  • masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. masukkan sedikit air ikut kepekatan yg disukai.
  • masukkan carrot dan timun. masak sampai mendidih.
  • perasakan garam. masukkan ikan dan gaul sebentar.
  • Siap.

acar timun mentah resepi campak2.. hihi... timun carrot bawang halia cuka dan sedikit garam dan gula ^^


ni antara kek yg tun suka makan.. kali ni tun gantikan air dgn coffee..

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Resepi: Kak Yatie
Sumber: kak Rosaliza, tun telani

BAHAN A

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 25 ml air
  • 1 sb tpng gandum

Cara-cara
  • Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  • Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  • Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • 2 sb serbuk koko
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih - tun letak freshly brewed coffee
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk baking powder

Cara-cara
  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  • Masukkan air panas,susu dan minyak
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

  • Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya. - tun bakar bain marie/ steam bath
  • Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  • Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  • Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Sejukkan dan boleh di hidangkan....

lastly... bila dh buat sekali mmg akan buat lagi dan lagi cream puff nih.. kali ni saiz mini sbb guna noozle kecik.. len kali xnk wat dh mini size ni.. cram tangan woo nk buleh ke siap! huhu... pastu struggle picit kastad.. haha..


Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara2:
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - tun guna suhu 200 C je.
Custard Filling
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: tun telani

Bahan2:


  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla

Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 

Panjang gler n3 arini.. haha.... lastly.. interprem gambo tuan rumah yg senyum mcm joker.. with kak Jannah yg bakal berpindah and kak Zizah yg tun harap x kan pindah selagi tun x pindah.. hihi... gambar x cukup korum sbb ada yg xde. panjang umur jumpa lagi ye kak Jannah :x


9 comments:

Nadz Nazharzan said... [Reply]

Assallamualaikum Tun..

Amboiiii..bnyknya masakkk.. Terliur akak tgk exp rendang ayam tu.. Masak sorang2 je ke tu Tun?

Tun, tunjukkan akak mould yg tun guna utk buat kek lapis kukus cream cheese tu boleh? Tunjuk kat fb pun ok gak. nanti tag akak eh.. serious ni akak nk tgk mould Tun tu..

Wani said... [Reply]

as salam sedapnya menu2 tu semua :)

tenku butang said... [Reply]

593
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Norzila Zakaria said... [Reply]

amboi kak tun..macam2 ada...x ajak zila ponn tau kak tun ni..

Mel said... [Reply]

assalam Tun,

Lepas ni rezeki tun gamaknya pindah semenanjung balik..doa2 jela..

Seronok kan bila tengok pokok sayuran hidup dengan jayanya. hihi.rajinnya tun, banyak juadahnya. Mesti sedap2 tu.. Tang rendang tu yang terliurrr..^^

LiNa_Pg said... [Reply]

Assalam Tun..
Ish..ish..ish...banyak benor menu spesel kuar.Kalau akak kompom wat satu2 n3 haha..Bukan apa nmpk byk n3..
Cantik ler kek lapis cream cis tu..nmpk moist dan sekata jer.Yang lain2 pun sedap2 belaka..

Qhaifa Nur said... [Reply]

teruja tengok kek lapis tuh, sedapnya tun...

rahel said... [Reply]

Hermmm.... Tak tau nak kata aper...semuanya menyelerakan...telan liur je la jawabnye..

Nadz Nazharzan said... [Reply]

Assallamualaikum Tun..

Terima kasih ye tun tunjukkan kak Nadz gambar silicon mould yang tun guna tu..Bila nak masukkan entry baru ni tun? Busy ker??