Sunday, August 4, 2013

Biskut Raya 1434H: Biskut Nestum Rangupp


Assalamualaikummmm~~~

sape tgh dgr lagu raya.. angkat tangan!! hihi... kt sini dh makin sunyi sepi.. kiteorg antara yg paling akhir meninggalkan bumi bintulu. sbb xde feel raya, jd buat biskut raya smbil dgr lagu raya utk mengubat hati yg sedikit berduka.. huhu... tahun ni raya umah mertua, jd sayu je dgr lagu dendang perantau dan dari jauh ku pohon maaf tuu.. sob sob.... don't get me wrong, i love my in-laws.. especially my sisters in law. dgr2 org duk citer pasal xleh 'go' ngan kakak2 ipar, tun bersyukur sbb ipar2 tun semua baik2. tapi.. mana sama kampung sendiri ngan kampung mertua kan.. jd mlm raya tu mmg terasa mcm nk berdrama air mata la jugak dlm bilik.. huhu...

nway.. tun baru siapkan 2 jenis biskut.. mula2 semangat nk buat mcm2 biskut, tp kakak tun ckp dh byk biskut tunjuk kat rumah, jd cancel buat byk2.. nnti bazir je.. biskut nestum ni tun dh buat last year, sbb tun suka makan jd buat lg tahun nih.

fresh from oven

Biskut Nestum (yg sangat2 rangup! siyes! )
Resepi: Maria
Sumber: Kak Mas, tun telani
Bahan :
  • 250 gm butter
  • 100 gm kismis  - tun ganti dengan chocolate chips
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula caster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
  2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
  3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
  4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 175'c. Mas bakar 20 minit. 


3 comments:

Anonymous said... [Reply]

pernah buat.. sedap :)

Mel said... [Reply]

assalam tun. aii tiap thn mesti lik ganu-sgmt.kt btu dh ni.tdo kt area parkcty.selamat pulang ke kg juga!

zana fahmi said... [Reply]

Giliran Tun raya berseliseh dgn akk. Tahun ni raya kl, tu yg happy. Biasalah kalau raya rmh mertua, baik mcmna pun hubungan kita dgn ipar, tak sama spt keluarga sendiri. Begitu jg pihak suami akan rasa benda yg sama. Tapi syukurlah kakpb baik dgn pihak mertua, lebih dr keluarga sendiri.

Tak jumpa la kita raya ni ye? Akk balik raya ke 2 mlm n seminggu disana. Kalau free roger akk di fb, kita jumpa.