Tuesday, August 20, 2013

Nasi Arab utk rumah 'terbuka' di kampung :)


Assalamualaikummm :)

1st n3 lepas raya... dh nearly separuh syawal berlalu.. Alhamdulillah, kami baru sampai di Bintulu semalam.. mmg biasa balik kg 2 minggu utk raya, kalau x mmg x sempat nk balik dua2 kampung di johor dan ganu. Tahun ni beraya di rumah mertua, petang raya ke 3 baru bertolak blk ke ganu. Pagi raya di rumah mertua mmg genap tahun menu Soto Ayam. Kalau kt kg tun pun, pagi raya mama tun akan buat nasi himpit kuah kacang dan pulut kuning mkn ngan rendang ayam dan gulai daging. Semua pun sedap! :D  kalau raya umah mertua, mmg dh suruh mama simpankn siap2 satay dan gulai mana yg blh disimpan utk tun. hihi...


Nasi arab ni buat raya ke 5 dan 7. raya ke 4 buat majlis mkn2 kat rumah, mama wat laksa ganu..sedap sgt tp x sempat nk amik gambo.. raya ke 5 baru la beramai2 students mama datang serang rumah.. xde la wat rumah terbuka betul2, tp sekali gus ramai yg dtg kira rumah terbuka la tu kot. hihi.. Nasi arab yg simple dan sedap.. di'melayu'kan sbb serve dgn ayam masak merah dan kari dalca. Kari dalca mama tun yg buat, resepi campak2 tp sedap. hihi...

Thanks to kak hanieliza for the recipe.. mmg sedap sampai raya ke 7 pun buat lg sekali utk serangan students mama batch ke 2. hihi.. siap ada yg mintak resepi, jd mmg x rugi mencuba.. :D

Nasi Arab
resepi: kak hanieliza, kak nor
sumber: tun telani

Bahan-bahannya:


  • 1 kg beras basmathi-cuci dan rendam sekejap dan toskan.
  • 1.5 liter air. - tun ikut sukatan beras
  • 500 gm ayam-potong kecil.
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau.
  • 1 pokok daun sadri- potong. - tun letak dgn batang2 sekali
  • 1 pokok daun ketumbar - tak suka, x letak
  • 3 tbsp minyak masak.
  • 5 tbsp minyak sapi.
  • 2 tbsp serbuk jintan manis.
  • 1/2 tbsp serbuk jintan putih.
  • Garam.
  • Gula. - tun x letak
  • 1 ketul kiub ayam. - tun xletak

Bahan-bahan Tumis.

  • 5 ulas bawang merah.-cincang.
  • 3 ulas bawang putih.-cincang.
  • 1 labu bawang besar-cincang.
  • 3 cm halia.-cincang
  • 2 inci kulit kayu manis.
  • 3 kuntum bunga lawang.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  • 3 biji buah pelaga.

Hiasan:
  • Badam-goreng sekejap. - xde
  • Kismis.-goreng sekejap. - xsuka, xletak
  • Daun sup& daun bawang.
  • Bawang goreng.
  • Kacang peas.  - xde

Cara-caranya:

  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga naik baunya. 
  • Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih yang dibancuh dengan sedikit air
  • .Masukkan cili masak,cili hijau,daun saderi,daun ketumbar,ayam,garam,gula dan kiub pati ayam.Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  • Akhir sekali baru masukkan beras.masak seperti menanak  nasi biasa. Hias dengan badam,kismis,daun bawang,daun sup dan tabur sedikit dengan bawang goreng.

11 comments:

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

teringin nak rasa...tp nak buat mlas...nak mkn kedai..mlas juga nak kuar...haishhhh...bape bnyk malas daaa....

EmbunRosaliza said... [Reply]

Assalam tun selamat hari raya, kalo akk pun suka nasi arab mkn dgn kuah2 ala kari atau dalca, kalo mkn ngan kuah air n air asam tak berapa nak jalan heheh, kalo mcm ni memang boleh tambah2 ni

Mel said... [Reply]

cunn r dalca tu tun. bak mai resepi ^^

IeRA said... [Reply]

sedapnya...

Gee® said... [Reply]

Gulp! telan air lior sudah....

Qhaifa Nur said... [Reply]

femes betul nasi arab sekarang...
mana tak sedap...

LiNa_Pg said... [Reply]

Assalam Tun, samalah ngan akak.ns arab yg versi arab tak bape nk lalu..kena gak makan ngan gulai/kari n ayam masak merah.Kalau kering2 tuh kureng sker..

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

sedapnya.. nasi arab..
buat laksa ganu kuah merah ke tun? akak tak pernah rasa laksa kuah merah tau.. sia2 je jd anak tganu.. hehe...

Wani said... [Reply]

salam.. selamat hari raya... memang famous la nasi arab sekrang ni banyak dihidang masa open house ...

Tina Othman said... [Reply]

Oh simple je bahan2 dia, ingat kan kot mcm resepi nasi mandy nak guna rempah dia bagai

Selamat hari raya tun

zana fahmi said... [Reply]

Rumah mak akk buat 2x raya sb dia puasa enam. Akk takde sana. Kg hubby kelantan takde open2nya....sape nk masak kalau akk yg buat semuanya.