Thursday, August 29, 2013

Corn Mayo Sushi



Assalamualaikummm :)

Sushi yg ntah zaman bila tun buat. gambo duk dlm folder.. hahaha.. tp ni salah satu menu yg tun buat masa open house weekend aritu.

Alhamdulillah.. dlm kelam kabut byk kerja berjaya juga prepare makanan utk students yg dtg beraya malam td..menu dekat2 sama ngan apa yg tun prepare utk Open house kami, cuma xsempat nk masak nasi dan buat trifle. ye la, student tepon ckp nk dtg beraya 10 org, pastu last2 minit2 ckp ramai pulak yg nk ikot.. nearly semua budak prpn dlm satu lecture. fengsan tun dgr. bdk llk yg ikut jugak, tp tun x kasi sbb bdk group ni student llk lg ramai, mmg x sempat nk prepare makanan.. so merajuk la bdk2 llk tu sbb xleh mai beraya /sweat  sorry noo... len kali kalau nk dtg menyerang umah beramai2, inform la seminggu lbh awal spy blh prepare, bkn sehari sebelum nk dtg.. mujur smlm kelas pagi je, so blk tghari blh terus masak2. buat mee kari, then kek 3 jenis. biskut yg lebih open house aritu. cukup la. mmg x sempat nk wat mende lain.. tq guys for coming :D walaupun terpaksa meredah hujan renyai2 dtg umah puan dia yg jauh dr uni nih. yang paling best, siap tolong basuh pinggan dan bekas2 semua sblm balik. kalau camni rajin dia, len kali blh la dtg lagi. sbb yg paling tun x suka ialah mengemas n basuh semua pinggan mangkuk gelas cawan lepas org balik. hihi

:D kelas yg paling rapat sepanjang tun mengajar.. cikgi duk selit2 celah anak murid. hihi


ok laa...arini just nk kongsi sushi yg ringkas. kami mmg hantu sushi! :D

Corn Mayo Sushi
resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 1/2 cawan beras sushi
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan cuka beras
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Roasted seaweed
  • 2 cawan corn kernel (dlm tin atau yg frozen)
  • 2 sudu besar mayonis
  • Secubit garam 

Cara2:
  • Rebus corn kernel dalam air mendidih selama 2-3 minit dan toskan. Kalu guna yg dlm tin, just tos kan air dia, xperlu rebus.
  • Gaulkan jagung dengan mayonis dan secubit garam. Ketepikan.
  • Masak beras bersama 2 cawan air, seperti masak nasi biasa.
  • Campurkan cuka beras bersama garam dan gula. Gaul hingga gula larut.
  • Apabila nasi telah masak dan suam, tuangkan campuran cuka tadi ke dlm nasi. Gaul sebati.
  • Basahkan tangan dan kepalkan 2 sudu besar nasi sushi menjadi bentuk lonjong.
  • Gunting roasted seaweed memanjang, seaweed tersebut haruslah lebih tinggi dari nasi sushi yang dikepal.
  • Gulungkan roasred seaweed sekeliling nasi sushi. Basahkan sedikit supaya melekat.
  • Letakkan jagung tadi di atas nasi sushi.
  • Siap :)

7 comments:

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

meriah..!

Mel said... [Reply]

anak murid tu nak bagi puan dia bertambah skill memasak, yela try-error masak apa yang ada dalam masa yang suntuk. Macam mykitchenrules dah rasanya. kekeke

Gee® said... [Reply]

K.gee dh lama teringin nk buat sushi tp tak terbuat2... semangat sushi tak timbul la Tun...

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

cikgu pun nampak cam sebaya je ngan anak murid.. hehe...

zana fahmi said... [Reply]

Entah berapa x tayang sushi tp akk belum berani mencuba:-(

Rohah said... [Reply]

Teringin sgt nk mkn sushi..akk tgk tun rajin buat sushi ni...cam susah...cam senang..tp blm cuba blm tahu kan..tun, soalan cepu emas ni.mana nk dptkn roasred seaweed tu?..ho ho...akk ni jahil beretmpat kot..sbb tak pernah mkn mende ni..ngeh ngeh

tun_telani said... [Reply]

@Rohah Salam kak rohah.. biasa supermarket yg besar ada jual roasted seaweed utk sushi.