Saturday, October 5, 2013

Pais Ayam Temasik

Assalamualaikummm...

alhamdulillah, weekend ni sempat pula mengadap blog. pagi td sepagi kat lab, tq enchik laling tun sanggup menunggu kat lab dgn lamanya.. pastu baru kuar beli barang dapur.. ptg ni nk ke lab lagi. bila dh stat lab work sikit2 ni, baru terasa daku ni student Phd rupa2nya. selama ni bergumbira je dgn students. hihi...  :p

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. last week baru dpt offer biasiswa uni. syukur ya Allah, mmg dr kolej, masuk bachelor, buat master, dan skrg Phd, semua under scholarship. Alhamdulillah.. maybe xde rezeki tmpt lain, tp Alhamdulillah, Allah permudahkan pelajaran tun setakat ni.. insyaAllah, end of this month result biasiswa myPhd akan keluar. doakan tun dpt myPhd ye.. sbb kalau biasiswa uni, byk sikit 'pantang larang' dia, lg senang kalau ambil myPhd sbb lebih free dan xde tertakluk kpd work hours. tp, kalau xde rezeki yg tu, dh bersyukur dh dpt biasiswa uni. selama ni sbb dh biasa dpt biasiswa, ingatkan senang dpt biasiswa. bila dh kenal ramai2 org, dan ckp2 ngan students, baru tau  rupa2nya xramai yg dpt scholarship. majority terpaksa apply ptptn. students tun ckp, muda2 dh berhutang.. xpe la, nk buat mcm mana kan. asalkan ada pendidikan.


ok lah.. misi menggunakan daun pisang... terliur tgk pais ayam nih.. sbb mkn 2 org, tun buat half adunan je. sedap! :D

Pais Ayam Temasek
Resepi: Puan Aini Salim dikongsi oleh kak Ayu
Sumber: tun telani

Bahan:
  • 1 ekor ayam dibelah dua- dibersihkan - tun guna ayam yg dh potong2
  • 1 helai daun kunyit dihiris
  • 2 helai daun limau purut disiat
  • 2 cawan santan(1 biji kelapa)- tun guna santan kotak
  • 2 sudu makan gula melaka - tun letak sedikit sahaja
  • 1 sudu makan asam jawa + 1/2 cawan air campurkan
  • garam & perasa secukupnya
  • daun pisang secukupnya
Bahan kisar:
  • 15 tangkai lada kering- tun ikut kak ayu guna 4 sb cili giling
  • 12 ulas bawang merah- tun guna bawang besar 
  • 6 ulas bawang putih
  • 8 biji buah keras - xde
  • 1 cm lengkuas
  • 1 batang serai dihiris- tun tumbuk
  • beberapa cili padi - tun xletak
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih

Cara:-
  • Panaskan 1/2 cawan minyak lalu tumiskan bahan giling, serbuk ketumbar dan jintan halus, biarkan garing. 
  • Masukkan sanatn, air asam, garam, gula., daun limau serta ayam. Masak balik-balikkan hingga hampir kering. 
  • Bubuh ayam diatas daun pisang, taburkan daun kunyit dan bungkus serta semat dengan lidi - tun letak 2 ketul ayam dalam setiap bungkusan daun pisang
  • Bakar dibara api atau dalam oven, lebih kurang 15-20 minit. - tun bakar atas non-stick pan

11 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sah sedap ni Tun! terliur kak ros tengok

ZalinZalina said...

Mudah2an Tun berjaya dapat biasiswa tu...kak ina selalu makan pais tempoyak ikan patin aje...tu pun kakak ipar yang buat :)

Mel said...

Dah pernah buat dulu ayam ni, memang sedap.

Tahniah dapat biasiswa. Aii minggu lepas dah habis bayor hutang ptptn, nak melompat rasanya..Syukur alhamdulillah Allah murahkan rezeki. hihiiihii

mala said...

perh! nmpk sedap! tak pernah makan pais ayam. selalu ikan ja

Amie said...

Bestnya Tun.... harum semerbak pais ayam tu kan.

Wani Sukarno said...

sedapnya nampak pais ayam ni tak pernah cuba lagi ..

NM03 said...

salam, singgah sini terus follow. kalu sudi, jom ke umh kita dan follow sekali. maceh...

meriahnya resepi kat blog ni. terliur satu persatu hokey!

>_<

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

berbaloi tun dpt daun pisang tu... memang tak membazir.. resepi ni mmg best tun.. akak pun pernah buat..

HALAMANKU said...

sedapnyer.. x pernah mkn.. selalu wat n makan pais ikan.. tgk resepi cam blh try.. cuma tgh fikir mana nak ku gapai daun pisang hu hu hu.. sedap kalau mkn ngan nasi panas2 nyum3

Unknown said...

Assalamualaikum Tun...
Nampak mcm sedap jer Pais ayam ni..kalau pais ikan Kak Lin pernah rasa...

Rohah said...

tun..apasal rajin sangat ..hihi...terliur dah ni...
slmt maju jaya Tun...belajar rajin2 Tun sehingga ke puncak everest..