Friday, November 15, 2013

Quiche Sosej Hash Brown


Assalamualaikumm/XD

Salam jumaat, penghulu segala hari :)  ingatan utk diri sendiri dan semua, mari perbanyakkan salawat ke atas nabi

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Dari Aus bin Aus radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu sekalian adalah hari Juma`at.  Oleh kerana itu, perbanyakkanlah solawat untukku pada hari itu, kerana sesungguhnya solawatmu itu diperlihatkan kepadaku.”  [¹]
(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih) -sumber

smlm buka puasa bakar ayam dan wat suhun goreng je. amik gambar suhun goreng, semua hudus! mmg tension bila rasa mcm masak sedap, pastu nk kongsi resepi.. tp gambar satu pon xjadi. saboo je laa.. 

sbb rajin nk ngapdate tiba2 kan, godek2 folder gambar, jumpa pulak gambar ni. so, arini nk tayang gambar yg dh peram few months. haha.. :p quiche nih tun reka sbb nk hntr ke majalah Jelita few months back. xperasan pulak blom update dlm blog.




QUICHE SOSEJ HASH BROWN
Resepi: tun telani

Bahan-bahan:
  • 200g Simplot Hash Brown
  • 50 g mentega – cairkan
  • 2 batang sosej
  • 1 ½ cawan daun bayam – potong halus
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 biji bawang merah - dadu
  • ½ cawan susu sejat
  • 2 biji telur
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil lada hitam

Cara-cara:
  • Hancurkan hash brown dan gaul dengan mentega yang dicairkan.
  • Tekankan dengan padat hash brown atas pie-dish bersaiz 7 inci dan bakar pada suhu 200oC selama 25 minit
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih, masukkan sosej dan daun bayam dan goreng hingga masak. Sejukkan.
  • Pukul telur dan susu, masukkan sedikit garam dan lada sulah.
  • Letakkan sosej dan bayam atas crust hash brown yang telah dibakar. Tuangkan adunan susu dan telur ke atas crust dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga keperangan.
 selamat mencuba /XD

12 comments:

asyifamustaffa said...

Ooo...cmtu je rupa buatnya....bole la try nnti...

mala said...

janji ada telur ada sosej mmg budak2 suka makan

Mel said...

Rumah ni ada hash brown, asyik goreng je, bolehlah cuba buat macam ni pula..Lagi2 hubby yang gemarr sangat pada sosej tu.

Cheq Sue said...

cheq sue aritu pun buat quiche ni, saje try masakan baru. sedap jugak kan tun..cuma xleh nak amal selalu

ZalinZalina said...

Boleh gak cuba..anak2 kak ina suka makan quiche ni :)

Wani SK said...

lama dah x makan hashbrown nihh... nampak sedap..biasanya majalah jelita ni requestkan suruh reka resepi ke ?

tun_telani said...

@Wani tiba2 hari tu editor ternampak blog tun dan email request reka produk untuk company :)

Cendana Kasih said...

adusss...sedapnyer...terliur suda !! kena buat la jawabnyer.. tak tahan sungguh !!

cikla said...

salam tun..kreatifnyer...sure anak2 suka ni..salam kenalan yer

rahel said...

Salam Tun Telani...
pernah Nampak menu jenis ni kat dapur Shiela n Ady...teringin la dear..

Unknown said...

Mcm sedap je, mcm teringin je...
Senang je buatnya Tun tapi kakpb tengah busy pindah rumah ni.

Eray Majid said...

sedap nya...nak try buat lah

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/12/ohsenyum-ajak-tukar-link-2014.html