Sunday, November 17, 2013

Sweet Bun yg dh bertukar jadi Slice Bread..hihi



Assalamualaikumm :D

Minggu ni officially start cuti sekolah, so terasa sedikit sunyi :( kawan2 usrah majority cikgu, jd semua pon dh balik semenanjung.. kawan2 kat kuarters ni pon ramai yg blk kampung sempena cuti sekolah nih.. untung sape2 yg husben and wife dua2 cikgu, blh balik kampung dua bulan.

dah lama x guna acuan nih
nway.. back to the recipe.. bagi sape2 yg xtau lg, kat sarawak nih xde roti gardenia, hi-5, or even mighty white yg sgt senang dpt kat semenanjung.. sbb tu biasanya kalau blk semenanjung, mmg akan beli stok roti gardenia dgn banyaknya kat epot. pastu kalau nk bg buah tangan kat staf2 opis pon, bg roti gardenia je. hihi.. kalau nk makan slice bread, kene beli kat bakery, tp mmg kualiti teruk sket, sgt berderai dan cepat berkulat X(


ada byk juga resepi roti putih kat intenet. tp susah nk jumpa yg guna 11g yis (sepeket yis).. malas nk timbang2 yis, pastu takut nnti bila dh buka dan guna sebahagian yis tu, yg lebih tu membazir. sbb aritu berpuas hati dgn hasil sweet bun resepi kak harleena nih, tun olah sedikit resepi sweet bun nih utk buat slice bread. mmg sgt lembut dan tahan hingga 3-4 hari kelembutan dia.

utk buat slice bread, tun halves kan gula, sbb xnak la roti putih jd manis kan.. sbb tun ada 1 je acuan roti putih, jd separuh buat slice bread, separuh lg bulat2 jd bun je.

Sweet Bun
Resepi: Kak Harleena Kassim FB
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 500 gm tepung gandum 
  • 1 paket yis
  • 80 gm gula - letak 40g
  • 1 st garam
  • 1 biji telur
  • 1 sb susu pekat manis
  • Air  ( air + telur + susu pekat = 290g)
  • 60g butter - cairkan
 Cara2:
  • Campurkan tepung gandum, yis, gula, dan garam dalam mangkuk.
    Tuangkan campuran air, telur, dan susu pekat ke dlm adunan kering td. 
  • Masukkan butter, dan uli smpai jd doh. Uli hingga bila di-stretchkan doh, doh tak senang koyak
  • Rehatkan dlm 40 minit hingga sejam, atau hingga naik 2 kali ganda.
  • Timbang setiap satu dlm 25 grm. Bulat2kan, susun dalam loyang, dan rehatkan hingga naik. - utk buat slice bread, tun bahagi adunan kepada dua je
  • Bakar 12-15 minit, 180 C.

13 comments:

Cheq Sue said... [Reply]

cheq sue pun kekadang buat slice je roti...malas nak buat seketui-seketui...

Wani said... [Reply]

baru tau roti brand apapun x de kat sana .. pelik ya ..hihi.. nampak ke resepi senang je... tapi nape la rasa tangan ni x reti nak menguli kot..gebushh nampak roti tuu

kak ina kl said... [Reply]

Salam tun
Kena rajinlah buat roti ek bila kat sini. Nanti pm kat fb ..leh chat tak pun pm no hp..leh wasupp

kak ina kl said... [Reply]

Salam tun
Kena rajinlah buat roti ek bila kat sini. Nanti pm kat fb ..leh chat tak pun pm no hp..leh wasupp

Mel said... [Reply]

makk aii lembut na roti u tun..
aii malas nak buat.beli kat sini pun xmo, berderai, tak best..
Kan baru balik, jadi rasa nak makan roti tu xde lagi. Tahan sampai bulan Jan, boleh makan lagi roti..hihii

ummiaisyah said... [Reply]

sian org sarawak ye...ada kwn br tuka dr s'wak pon citer cam tu..kt sana xde roti cam kt sini..tp tun pandai buat sendiri tu takde la masalah kan...

Gee® said... [Reply]

Oic...tak tahu la pulak org Sarawak rajin2 bikin roti sendiri.... hehehe...

Ummi said... [Reply]

Assalamualaikum Tun cayang...apa kabor? Waaahh, pasni leh buka kedai roti lerr, letak jenama Tunia xpun Telania....hehehhee *gurau jer yea...ampuun. Cantik tgk tekstur roti tuh...akak dah lama rehatkan BM, dgn akak2 sekali zzz...haha

mala said... [Reply]

mmg pelik kat tak dak gardenia kat sana tapi kat brunei ada hehehe

Tina Othman said... [Reply]

Rajinnya menguli tapi yelah sb nak mkn kan

rostina76 said... [Reply]

sedap & lembut gebus gebas nampak roti ni tun….nak try jugak le nanti bila rajin guna resepi k.harleena ni. selalu nampak dia meroti @FB (bz roti dia skrg ni)

aNiM said... [Reply]

Kat labuan ada 1 kedai yg jual roti gardenia dr semenanjung..tp harganya dah jd double. So, lebih baik buat sendri kan..

Rohah said... [Reply]

mmg lembut jew akk tgk tun..puh sikit angin rajinn tu ke sini ye...