Wednesday, November 27, 2013

Dumpling Daging dengan Sup Sayur


Assalamualaikumm :D

morning!!! /XD awal betul mengapdate blog arini.. hahaha.. smlm blk umah kepala ting tong sbb berpanas di ladang getah, so tido dgn awalnya. subjek sem ni mmg involve amali di ladang (which i know nothing about). subjek yg mmg xde kene mengena dgn apa yg tun belajar.. haha.. eh, tipu2, dlm silibus dia ada la 20% kot yg ada kaitan dgn qualification tun, tp everything can be learnt theoritically. so study dgn tekunnya utk buat lecture notes dan bg budak2 faham. still, bila tang amali tu mmg lemah sikit lah. alhamdulillah bila masuk ladang, blh request staff yg jaga ladang utk buat explanation dan demo. jd lecturer depa ni pon belajar sekali lah. yg penting, confident kene lebih dan jgn tunjuk yg kita tak penah buat mende tuh.. ;p


ok..arini tayang gambar yg dh terperam dlm folder dgn lamanya.. /sweat huhu.. sorry la, ai siap lupa lg bila la buat nih. xsempat nk mengedit gambo baru, update gmbr yg dh ada je. dh pernah tayang sekali. kali nih before serve tu tun pecahkan sebiji telur.

Dumpling Daging dengan Sup Sayur
Resepi: Chef Sarji, Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Olahan: tun telani

Bahan A

  • 1 cwn daging kisar - tun guna 300 g
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 cwn tepung jagung - tun letak 2 sb
  • 1 sudu makan garam - tun letak 1 sk
  • 1/2 sk serbuh lada putih

Bahan B
  • 3 cwn air rebusan daging - tun guna 3 cwn air + 1/2 kiub daging
  • 2 keping cendawan tiram - tun guna 3 keping shiitake
  • 1/2 inch lobak merah- potong kecik
  • 1 btg sawi - potong
  • 2 inch cendawan butang
  • 2 inch saderi
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sk minyak bijan
  • sedikit tepung jagung jika ingin pekatkan sup.

Cara2
  • Kisar Bahan A dan bulat2kan ikut saiz kesukaan. Simpan dalam peti sejuk.
  • Didihkan air dan kiub daging dan masukkan dumpling daging tadi. Masak sampai dumpling timbul. 
  • ** Adunan ini akan menghasilkan dumpling daging yg agak banyak, jadi sebahgian blh ditoskan dan disimpan dalam fridge.
  • Masukkan semua bahan B dan masak hingga mendidih. Jika suka sup yg pekat, blh masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air.
  • Perasakan garam dan blh dihidang dgn nasi atau mee - tun hidangkan dgn dried egg noodle yg dh direbus, before serve pecahkan sebiji telur ke dalam periuk

12 comments:

Gee® said... [Reply]

Sedapnyaaaa.....

asyifa mustaffa said... [Reply]

Mcm sedap je... Mcm best jer...;-)

Mas said... [Reply]

wahhh...sedapnya..
peberet akak ni.,..

LiNa_Pg said... [Reply]

Wow sangat2 menyelerakan...menu sihat dan complete suma nutrisi..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... [Reply]

Slurrppp sedapnya menghirup dumpling Tun... aduh rasa dah smpi ke anak tekak akak ni Tun... kena cuba gak ni Tun... projek hari sabtu nampaknya :)

ilahjy said... [Reply]

Ooo bestnyee masuk kebun getah.. jomm p lawat ladang getah kak pula kat melaka.. siap ada buah2an lagi dah jd carca marba dah tun.,,
Yg ptg post masakan tu sedap...
Bw.. lama kak ilah x masuk blog kwn2

Umie Jazz said... [Reply]

Assalamualaikum..Ya Allah tun sedapnya...=)

ummiaisyah said... [Reply]

saya suka..saya suka....bestnya mkn chinese stail camni....

Mel said... [Reply]

mai semangkukkk tun..

rostina76 said... [Reply]

Pepagi bangun tido td pun kros dah terliur doh tgk dumpling daging ni. bila tgk resepi ni cam blh tiru je. heheh, klu indo mari panggil mee bakso ko ni?

Tina Othman said... [Reply]

Oh bestnya mmg sesuailah nak buat sb low carb

Mula2 ingat dumpling tu apalah hehe rupanya daging tu

zila norazila said... [Reply]

Tun..klu mkn mcmne kna mkn pnas2kn bru sedap..hirup kuah tu smpai berpeluh..:) akk suke