Tuesday, January 15, 2013

Nasi Serai dan Ayam Bakar Madu



Assalamualaikummm :)

arini sgt penat.. penat otak berpikir. hihihi.. bangun pagi2 marathon buat soalan test dan tutorial. arini yg hntr utk semak, pagi2 buta baru terkial2 siapkan soalan. kui kui.. nway, berjaya menaip soalan b4 pegi ke kelas pagi tadi.. hebat x? :p 

nway, menu yg last week dh ni. haha.. xsempat nk ngadap blog tiap2 hari.. owh.. tun MASIH TAK BOLEH KOMEN KAT EMBEDDED KOMEN tau.. :( sedih je.. minta maaf kpd semua yg dtg komen kt sini tp tun xdpt nk membalas komen.




Nasi Serai
Resepi: kak Jun JC
Sumber: kak Ika ,tun telani

Bahan2
  • 2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan
  • 1 helai daun pandan-simpul
  • 2 cawan air
Bahan tumis:
  • 1-1/2 sudu mkn butter
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 2 ulas bawang putih -hiris
  • 1/2 in halia-hiris
  • 2 sudu teh remph kurma
  • 3 btg serai-ketuk
  • Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
  • Garam secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 1/2 kiub ayam - tun tambah
Cara2
  • Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
  • Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.


ayam bakar campak2, tp sedap.. :D ada jiran berbaik hati bagi kepak ayam. mmg senang bakar kepak ayam, senang masak ^^

Ayam Bakar Madu
resepi: tun telani

Bahan2
  • 1 kg ayam - tun guna kepak, senang masak
  • 1 biji bawang besar- saiz kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sb cili boh
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sk jintan manis - sangai
  • 1 sk jintan putih- sangai
  • 1 sk ketumbar- sangai
  • 1 sk garam
  • 1 sb madu
Cara2
  • blend semua bahan dgn sedikit air.
  • perap ayam dgn bahan perap 2-3 jam (lagi lama perap lagi sedap)
  • bakar pd suhu 180C, hingga masak, balikkan masa tengah2 bakar dan blh tuang lg bahap perap atas tu.




9 comments:

Mas Sani said... [Reply]

bak mai 5 ketul ayam bkr madu tu..nak ratah depan tv.... hihihi

adda syuhada said... [Reply]

mmg sedap nih..

Amie said... [Reply]

Gandingan nasi & lauk yang mantap ni Tun! Wangi nasi serai dengan kelazatan ayam panggang madu...memang best!

Mel said... [Reply]

ayam tu nampak sedap la tun..kena buat nih! ^^

Qhaifa Nur said... [Reply]

suka wangi serai...bila dimasukkan dalam nasi sedapnya rasa...
ayam bakar madu...seronok dapat buat nih...

Gee® said... [Reply]

waaaa...mmg mabeles!

Pen Biru said... [Reply]

salam singgah.follow sini :)

zila norazila said... [Reply]

salam syg tun..
akk nasi serai nie mmg minat btl..tp hubby akk x minat plk..tu la klu buat kena mkn sesorang..mmg gandigan yg best nie..ayam tue pose wt akk kecur jew:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

lama akak tak wat nasi berperisa.. cuma baru2 ni je wat nasi kerabu.. first time buat nasi kerabu.. gigih buat tau.. tp geram sgt2 sbb tak sempat nak selamatkan gambar dlm hp akak yg rosak tu... yg ada cuma gambar nasi kerabu beramai2 guna hp hubby.. huhu... frush giler.. bukan senang nak siapkan condiment nasi kerabu walaupun akak wt versi sempoi.. kekekke... (msih berharap2 hp tu boleh diperbaiki.. hhihi...)