Saturday, January 26, 2013

Pau Lembut



Assalamualaikumm~~~

selamat berhujung minggu semua :) arini my laling ke miri, so duk umah sorang2 dgn bosannya. xtau lg nk wat ape sepanjang hari. kalu mmg xde apa nk buat, terpaksa study je la. owh well.. at least dpt siapkan few lecture notes pun jadi la dr xwat ape2 kan.. kesian pulak kt diri sendiri selalu kebosanan. huhu..

tun masih xdpt mencari solution utk problem xleh komen kat EMBEDED komen. gugel2 mmg ada yg kene problem yg sama, tp semua org pun xtau solution dia. hopefully lama2 nnti ok la.


lembut dan gebu!


nway, pau ni dh buat minggu lepas ye. lama x buat pau, sampai encik laling  kasi hint nk mkn pau. so mnguli la dgn jayanya. satu adunan ni dpt 10 bijik je kalu besar, kalu wat kecik2 sket dpt dlm 15 bijik. buat 1st time tu, habis dgn cepatnya. hehe.. so esoknya wat lg 2 adunan, wat kecik2 blh simpan dlm freezer separuh. senang bila malas2 nk wat kuih, kukuskan je semula :)

setakat n, ni la resepi feveret tun. mmg senang dan lembut dan gebus dan tahan gebu walaupun sejuk. as long as yis tu hidup betul la. penah wat sekali yis mati, haha.. so check dulu yis tu hidup ke tak ye. campur air tepung sket, gula sket, tinggal few minutes, kalau buih2 tu, blh proceed wat pau. kalau x, sila tukar yis supaya pau xjadi makanan encik tong :p

Pau Lembut
Resepi: kak ton @myr
sumber: tun telani


Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)- tun guna gandum je
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener- tun guna bread improver
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.- tun hidupkan dulu yis dgn separuh air sedikit tepung dan sedikit gula
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...

18 comments:

HomeKreation said...

Aslmkm Tun. Wow, tingin pulak nak meng'pao'... nampak sgt gebu!

KakAsma said...

lama tak buat pau..
gebu aje pau Tun tu..nnti nak buat laa
kena buat inti dulu..

asyifamustaffa said...

pepagi tyang pau nie....meh 2 3 ketul....lum bekpes lgi nie....sdap plak nmpk inti kcang tu.....huhuhu...

Marsita Yahya said...

emm, suka pau tapi tak pnah buat seumur hidup...sllu beli jer.

Mel said...

Samalah tun,leh terjah ke blog orang tapi xleh komen..Haru-haru!

Sedapnya pau..Resepi baru dari tun mesti cuba ni.. Kenapa tak ikut ke miri?leh jejalan shopping..lagi2 gaji dah masuk semalam.hihi

sury@25february said...

Salam tun,rajin nye dia mge pau...lma jgk x mengepau ni..bhn ada tu...tapi inti xdo...:-)

Ina Mohamed said...

wow melepaknya pau dia, hehe. inti tu buat sendiri jgk ke? rajinnya. Akak pun dah lama x buat pau. hari ni buat donut jer tp tak ambik gambar pun, nak cepat td cik abe nk bawak bekal pegi mancing. lepas tu sibuk buat keje sedar2 dh masukkan baki donut tu kt bah. frozen hehe.

Unknown said...

akak pun lama tak makan pau ni teringin tengok pau yg lembut macam Tun ni tak cukup sebiji tu apa lagi inti kacang adooiii mengancam jiwa ni

ummiaisyah said...

ntah la tun...kiter ni mcm dh merajuk dgn pau...asik kempis je..sob sob

Mas said...

tunnnnn....
lembut gebunya pau tu...
gerammmmm tengokkk...

Amie said...

Tunnnnnn..... Kak Amie hanya mampu pejam mata, bayangkan betapa lazatnya makan pau lembut hangat dengan secawan minuman panas! DUH ENAK BANGET TUUUUNNNNN!!!!

Rohah said...

ye Tun,gebuss sangat pau Tun..
takleh lagi komen yg EMBEDED ye..
harap2lama nti oklah ye..

Anonymous said...

sedapnya tun

terbayang2 makan pau dgn kopi, argh stress gila haha

rajin tun nguli ye, kalau saya nak makan pau beli je lah

akumann2803 said...

Sedapnya pau kcg...kegemaran ku tp tak pandai buat...huhu..
Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

akumann2803 said...

rupanya saya yang 1st..... ♡

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

woww... gebus gebas putih selepuk pau tu tun.... sedapnyer...

Anonymous said...

online pharmacy for valium valium effects dosage - purchase valium roche

eja said...

Saya dah buat dah pau ni.sdap.memang menjadi,sbb saya guna BM