Friday, July 8, 2011

Karipap Inti Sardin dan Kentang


Assalamualaikum..

dah hari jumaat ye. hari ni dh 7 Syaaban. dulu naqibah me cakap, kalau kita x start puasa b4 15 syaaban, dah xleh puasa sunat after that.. (tp puasa ganti still wajib tau, eventho x puasa b4 nisfu syaaban). so, ada lagi seminggu utk puasa at least 1 hari =)

ok laa.. kembali pada karipap ni.. ni me wat b4 tragedi guling2 yg mencederakan mata tu.. huhu.. my laling dh bising2 sbb me lama x wat karipap feveret dia ni. mmg hantu sardin betol budak sorg ni.. karipap wajib inti sardin ye. me pulak, karipap nk inti kari ayam sokmo. kalau karipap sardin ni, me mkn jugak la sebijik dua. tp sejak kawin, mmg karipap inti sardin je yg me wat. ye laa, tujuan utama wat kuih kat umah ni pun nk kasi my laling makan. hehe..

me cnp resepi dr n3 dulu2 je laa.. pemalas nk menaip. nk marathon BW yg tertangguh since selasa..


Karipap Inti Kentang dan Sardin
by: tun_telani

Bahan2 (dlm 35 biji)

Utk doh:
  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
Untuk inti:
  • 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis
Cara2:

Untuk doh:


panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. (cara gaul dgn minyak panas ini adalah utk dapatkan kulit yg rapuh)

Untuk inti:
  • tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
  • masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
  • masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
  • masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
  • bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
  • bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =)

ni gambar curi dr n3 lama me kt sini, yg baru lupa nk amik gmbr inti dia.. hihi

wat byk2, blh frozen.. nnti senang bila nk makan..

ni tips utk frozen kan karipap atau kuih2 lain..

  • susun kuih atas dulang yg di lapis plastik. biar ada jarak antara kuih supaya x melekat.
  • masukkan dlm freezer smp keras (dlm setengah jam)
  • pastu boleh la di alih dlm bekas atau plastik. biasa me letak 10-12 bj setiap plastik.

Thursday, July 7, 2011

Alhamdulillah... Thank You

Assalamualaikumm...

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang menurunkan ujian pada hamba-Nya.. dan Dia jua lah yg menyembuhkan segala penyakit.. terima kasih atas doa kawan2 semua, hari ni me dh boleh remove eye-patch. mata me pun dh x terasa sakit bila gerak2, boleh mengadap lappy dan menaip tanpa menitik2 air mata tahan pedih.. huhu..

me masih belum kembali ke dapur lg. still discomfort kalau kene haba, lagipun kene apply ubat dan antibacteria dlm mata, so xleh buat kerja sgt.. thank you kat my laling yg 2-3 hari ni dia laa yg wat breakfast, time lunch pun balik masak, sampai kain pun my laling yg jemur. me pas makan pain killer tido seharian. huhu.. thank you dear, love you.. (hihi.. gedik laa pulak..)..

hari ni me double happy.. satu sbb dh blh tgk dua dgn dua2 belah mata.. lagi satu, petang td sampai jugak barang yg di tunggu-tunggu... nk tau ape?... jeng jeng..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

thank you buat akak blogger cayang jauh nunn di negeri kelahiran tun... jauh terbang cajun nii... pasni dh xyah jeles nengok masak guna cajun.. tunggu mata me Ok sket lagi, blh marathon masak semula.. insyaAllah ^^


Tuesday, July 5, 2011

Accident + Berehat


Assalamualaikum..

dimaklumkan tuan rumah akan berehat utk seketika kerana telah mencederakan mata kanan.. doakan agar cepat sembuh..

ps: menitik2 air mata time menaip.. sob sob.. xleh menaip or membaca buat beberapa hari..

Monday, July 4, 2011

Kembong Bakar TomYam

ikan yang comot, tp sedap

Assalamualaikum..

n3 cepat2 sbb ada byk mende yg perlu di buat nih.. huhu (konon2 busy tiba2).. nway, ni menu lunch.. terliur tgk ikan siakap kak noorsha semalam, tp yg ada dlm peti ikan kembong je. kembong pun kembong laa, sedap jugak bila makan..

me share kt sini ye..

Ikan Siakap Bakar Tomyam

Resepi: Buku Senangnya Memasak (Ikan) Chef Hanieliza
Sumber: Kak Zai, Kak Noorsha

Bahan A
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan) - tun guna 2 ekor ikan kembong
  • 2 sudu besar pes tomyam - tun xde stok, guna kiub tomyam, blend sekali dgn bahan kisar
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6) - ni pun xde
  • Aluminium foil

Bahan B (Dikisar)

  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos - ni kita tambah sdri - tun x letak


Cara Membuat:-

1. Gauikan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)

2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.

3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.

4. Perahkan limau semasa menghidang.

Sunday, July 3, 2011

Sayur Air Kulit Tembikai

Assalamualaikumm~~

Sedar tak sedar, dah masuk bulan Syaaban sekarang.. hari ni 1st Syaaban. banyak hadith2 nabi yg cerita pasal kelebihan bulan Syaaban yg terletak ditengah2 2 bulan yg mulia, Rejab dan Ramadhan. Dalam bulan Syaaban ini, amat digalakkan utk berpuasa sunat.

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”.

Allah mengangkat buku amalan hambaNya pada tengah bulan Syaaban. Ini berdasarkan hadith nabi berikut..

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

note: hadith di atas di ambil dr blog Ustaz Halim di sini ye. jzkk ustaz

Ok laa... berbalik pada resepi simple me mlm ni.. ni menu orang2 kampung.. dah lama me x makan. hari tu beli tembikai, me kerat2, dan simpan kulit dia dlm fridge. mmg dh simpan niat nk masak sayur air.. bg siapa2 yg x penah makan ni, rasa dia ada sikit2 mcm labu air, tp dia lebih keras, ala2 crunchy sket gitu masa makan. sedap! rasa segar.. hihi


masak mcm sayur air biasa je ye..

Sayur Air Kulit Tembikai
by: tun_telani

Bahan2:
  • Kulit tembikai- buang bahagian hijau
  • 1 bj bawang besar- mayang/tumbuk
  • sedikit ikan bilis- tumbuk
  • lada hitam- jika suka
  • garam

Cara:

  • Kulit tembikai di kerat kecik2
  • Masukkan kulit tembikai, bawang, ikan bilis dan ladi hitam jika suka.
  • Masukkan air cukup2 utk tenggelamkan kulit tembikai tu.
  • Masak sampai mendidih.
  • Perasakan garam.

tembikai yg dh dimakan isi dan di buang kulit hijau. hihi..


kerat gaya bebas..

Saturday, July 2, 2011

Roti Jala

Assalamualaikumm~~~

Sunyi pulak rasa wiken2 camni ye.. ramai yg xde kat depan lappy. me pun sepetang td kuar memenuhkan stok dapur. sempat la jugak mencapai 2-3 biji mangkuk yg omey. hihi.. my laling cakap, 'beli pinggan lagi??'.. haha... pinggan terlebih xpe, jgn x cukup lak. nnti org dtg umah malu bila x cukup pinggan. betul x? baik punya alasan.. hihi..

Roti jala nii me wat lunch td. sbb ada lebih kuah kari roti canai bekfes td, malas nk bazir (ke malas nk masak mende lain? hehe..). gambar ni bila tgk dalam lappy terang je. bila upload kat blog jadi mcm gelap2 sket. nape ntah.. tension rasa.. pastu, camne nk wat dia jadi besar ye? kalau letak large pun, dia xjd besar jugak..

nway, berbalik pada roti jala ni.. arini wat sikit je, so boleh laa bermain2.. hehe.. wat 2 kaler, saje ngade2. tp me rasa kaler merah lg cantik laa.. betol x? n3 b4 this blh refer sini, ye. m cnp je lah..

Roti Jala
by: tun_telani
  • 3 c air/susu/santan
  • 1 bj telur
  • 1 sk kunyit @ pewarna
  • 2 1/2 sb minyak
  • 3 c tepung gandum
  • 1 sk garam

Cara2:

  • Masukkan semua bahan dlm blender ikut urutan di atas.
  • panaskan non-stick pan.
  • masukkan adunan roti jala dlm acuan/botol, dan jalakan atas kuali.
  • Biar sebentar sampai masak (tak perlu balikkan).
  • Angkat dan lipat.
  • Boleh hidang dgn kari ayam atau serawa durian.
nota: air tu ikut jenis tepung ye kawan2.. kalau pekat sangat sampai susah nk jala tambah sikit air, kalau terlalu cair tambah tepung sikit.. biasa nya me guna dlm 3 hingga 3 1/2 cwn air.


owh.. lupa lak.. terima kasih pada yg sudi menjenguk dapur me yg x seberapa ni.. buat follower baru yg tinggalkan jejak, nnti me kunjung balas ye.. tq sekali lagi =)

Roti Canai

Assalamualaikummm~~~

ni 1st time me wat roti canai sendiri!! hehe.. biasanya kalau bukan beli kat kedai, mmg masak yg instant laa.. tgk kak ika wat aritu, terasa mcm nk wat sendiri jugak.. senang je rupanya2 wat doh dia.. ulang siaran ye.. senang je wat DOH dia.. tp bab menebar, mmg FAIL! muahahahaha...... me rasa mcm tebal semacam je lapisan2 dia, my laling dgn sporting nya cakap "ok dah niii.." kui kui... tp sbb nk wat nipis, lubang2 abih.. hehe.. me mmg x suka mkn roti telur, tp wat jugak satu.. masa nk masak tu siap terkeluar telur.. haha.. saboo je la. last2 dh nmpk telur tu yg bungkus roti canai..bantai je laaa.. asal masak sudah.. tp x amik gambar aa sbb malu ;p

byk mende nk wat nii.. so me cnp je ye.. sbb me x letak telur, so jd roti canai biasa je laa.. resepi asal dr
NICEGHOST FNR, tp xde link dia.. terima kasih wat semua penyumbang resepi.. me ikut sebijik2 yg kak ika wat.

ROTI CANAI
Sumber: KAK HANA
, KAK IKA

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gadum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
  • 1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola
Cara-cara
  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D
  • Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais


mkn ngan kari ayam yg terpekat sket.. hehe

Friday, July 1, 2011

Sup Ayam Hadnyai



Assalamualaikum..

tayang sup ayam lagi.. kali ni siam mari.. hehe.. kene tanya kak ika, mmg mcm ni ke resepi sup dia. resepi ni dh penah wat b4 this. jumpa kat myr. tp me edit sket, sbb resepi asal guna sampai 5 batang serai ngan 7 inch lengkuas! x berani nk letak banyak tu. hehe.. sedap hirup sup ni, me tgk kat laporan masakan, kak nor dan kak izah pun dh try ni. me pun dh penah letak laporan sekali. hehe..

me share kat sini ye..

Sup Ayam Hanyai
edit dari: pyhonda@myr
sumber: tun_telani

bahan2:

  • Ayam (utk 2-3 org)
  • 3 ulas Bawang putih, 5 ulas bawang merah, 3 cili api, 2 cm halia, 1 cm lengkuas = blend.
  • 1 batang serai = ketuk
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih
  • 2 biji bunga lawang, 4 biji buah pelaga,1btg kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
  • kentang- potong 8 (me tambah)
  • carrot (me tambah)
Cara-cara
  • Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai hingga naik bau
  • Masukkan ayam dan kentang, gaulkan sehingga rata ,tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadridan carrot
  • Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  • Tambahkan garam secukup rasa
  • Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan.
  • Perahkan sedikit limau nipis.
  • siap!