Wednesday, March 16, 2011

Karipap Inti Sardin dan Kentang


Assalamulaikum ^^

puas dh tgk boya2? kui kui.. kesian kt org2 yg geli tgk isi buaya tuh.. me pon kembang anak tekak nih lalu kat kedai makan jual boya goreng.. huhu.. t

adi duk jalan2 umah kak Rose, tgk kak rose buat karipap nih.. baru perasan x letak resepi tu kat blog ni rupanyer.. ni 1st resepi yg me post kt myresepi (kat sini). ada 2 je pon resepi, me malas nk letak resepi sbb leceh nk kene isi satu-satu. me ni kurang penyabar sikit. hihi...

terima kasih banyak2 kat kak rose sbb cuba resepi nih =) me me copy kt sini pulak.

Bahan2 (35 biji - kak rose ckp dia dpt 40 biji! mesti kecik2 comey je, kn)

Utk doh:
  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
Untuk inti:
  • 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis
Cara2:

Untuk doh:


panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan.


Untuk inti:
  • tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
  • masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
  • masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
  • masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
  • bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
  • bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =)
ni siap utk di frozenkan ^^

8 comments:

Kak Rose said...

o... post kat myr dulu ya. patutlah cari kat sini x de...dah anto laporan dah.. first taim dapat login kat myr tuh!

Unknown said...

tun, yg ni baru sedap....kalau tak dok tgk lauk boya mana leh thn...hehehe

tun_telani said...

kak rose: thank you sooo much akak dearie.. mmmuuahhh! hihi

kak nieza: kui kui... wat x nmpk je boya kt bawah tu ye. jgn wat karipap inti daging boya dah la ;p

Anna Qawina said...

tun...cunnya karipap..nk bt malas lak nk buat inti...pakai inti kaya leh kot..hehehe..pa punya org nih....

tun_telani said...

kak ana: haha.. kalau sakit M dtg, xdpt laa nk nolong.. kui kui.. kalau jd, kak ana laa org 1st wat karipap inti kaya.. hihi

Kak Amy said...

cantik je bentuk karipap tue..pasni leh cuba buat..tapi x pandai nak buat bengkok2 kat tepi tu..pakai acuan pun boleh hehe...

♥ Che NamNam ♥ said...

haboi chumelnyer karipap..:)

tun_telani said...

Amy Syaquena: x pandai nk kelim ek? pakai acuan pun jadi cantik gak =)

Che NamNam: yg chomey2 je posing.. ade je 2-3 ketoi jd bentuk spastik bila dh byk sgt nk kelim.. yg tu kite sorokkan jauh2 dari kamera.. kui kui..