Sunday, July 3, 2011

Sayur Air Kulit Tembikai

Assalamualaikumm~~

Sedar tak sedar, dah masuk bulan Syaaban sekarang.. hari ni 1st Syaaban. banyak hadith2 nabi yg cerita pasal kelebihan bulan Syaaban yg terletak ditengah2 2 bulan yg mulia, Rejab dan Ramadhan. Dalam bulan Syaaban ini, amat digalakkan utk berpuasa sunat.

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”.

Allah mengangkat buku amalan hambaNya pada tengah bulan Syaaban. Ini berdasarkan hadith nabi berikut..

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

note: hadith di atas di ambil dr blog Ustaz Halim di sini ye. jzkk ustaz

Ok laa... berbalik pada resepi simple me mlm ni.. ni menu orang2 kampung.. dah lama me x makan. hari tu beli tembikai, me kerat2, dan simpan kulit dia dlm fridge. mmg dh simpan niat nk masak sayur air.. bg siapa2 yg x penah makan ni, rasa dia ada sikit2 mcm labu air, tp dia lebih keras, ala2 crunchy sket gitu masa makan. sedap! rasa segar.. hihi


masak mcm sayur air biasa je ye..

Sayur Air Kulit Tembikai
by: tun_telani

Bahan2:
  • Kulit tembikai- buang bahagian hijau
  • 1 bj bawang besar- mayang/tumbuk
  • sedikit ikan bilis- tumbuk
  • lada hitam- jika suka
  • garam

Cara:

  • Kulit tembikai di kerat kecik2
  • Masukkan kulit tembikai, bawang, ikan bilis dan ladi hitam jika suka.
  • Masukkan air cukup2 utk tenggelamkan kulit tembikai tu.
  • Masak sampai mendidih.
  • Perasakan garam.

tembikai yg dh dimakan isi dan di buang kulit hijau. hihi..


kerat gaya bebas..

11 comments:

Nuwairani said...

kan dah tak membazir (belom pernah mkn pon sebenarnya)...huhuh...dah lama tak makan tembikai. pasni leh simpan kulitnya buat masak air pulak kan...pekene pulak dengan ikan masin...perghhh! terangkat!

Deliah's Deli said...

sy pnh gak mkn ni sekali,sedap msk air mcm tu!

MamaFaMi said...

Tak tahu pulak kulit tembikai boleh dibuat lauk. Boleh cuba ni nanti. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dan juga fadhilat bulan Syaaban ye...

cik cek said...

Salam Tun...

He he...kalau tak kerana Tun...tak tau kak cek yg kulit twembikai boleh dimasak cam gini...jakun tul kak cek ni ek....kreatif sungguh...camana rasanya ek....
Bulan2 puasa masak cam ni mesti best kan...:)

ijayuji said...

Salam tun!! alahaiiii sedapnyerrrrrrr!!!!! akak suke mkn benda2 berair gini kalau ada ikan goreng garing puns edap ni tunn hihhi

Mas said...

tun..kak mas tak pernah makan lagi sayur kulit tembikai ni....
rasanya macam mana yerk...

Nadz Nazharzan said...

Tun, kulit tembikai ker kulit tembikar??? Cer tgk tajuk tun yg dgn resepi tu..hehehe... Kalau kulit tembikar, nak rebus berapa lama..hihihih...

tun_telani said...

nani: sayur air + ikan masin..mmg terbaik!

deliah: sedap kan.. jarang2 dpt mkn nii

mamafami: berbesar hati menerima kunjungan =) welcome

cikcek: hehe.. lauk orang2 kampung ni kak.. masa kecik2 dulu je makan ni

tun_telani said...

kak ika: makan ngan goreng2 atau ikan bakar.. mmg sedap ni

kak mas: yayy!! at last ada gak mende yg tun masak lg awal dr kak mas.. hihi

kak naz: alamak!! malunyer.. edit skrg juga! hehe

nOOrsha said...

sedap ye tun? salu makan tembikai main buang je yang ijau nun...blh la menerai pasnih.. hehe

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum tun...
sayur mcm nie ler yg boleh membuatkan akak betambah nasi nie... sedap kan sesekali makan sayur mcm nie... teringin plak.. :)