Monday, February 20, 2012

Apam Marmar yg dh jd puteri ayu ;p


Assalamualaikum...

kembali lg after 2hari berehat2. how's weekend? tun biasa la, sabtu hari utk ber-groceries, ahad hari utk ber-usrah. kdg2 time weekend juga masa utk mkn kt luar. tp jarang2 la, sbb tun ni jenis yg cerewet makan, bila mkn kt kedai mula laa ada je yg x puas hati. lagi2 makanan kt luar tu biasa byk letak ajinomoto, kalau mcm tun yg membesar tanpa ajinomoto nih, mmg bila terkena tok aji byk2 tu buleh jd pening. msk sendiri lg bagus kan, terjamin kebersihan dan ke-halal-an dia /XD

ok laa.. back to the kuih. apam marmar kegemaran tun. mmg suka mkn apam ni. dh lama buat. masa duk bz2 n x apdate blog aritu. bz2 pun bila terasa nk mkn kuih, kene gi godek2 jugak kt dapur kn. hihi.. mmg senang buat apam ni, lagi2 bila ada stand-mixer. campak semua bahan, pastu biar mixer tu pukul smp kembang. sambil2 tu buleh la basuh pinggan-mangkuk yg penuh dlm sinki tu, kemas2 rak barang2 dapur yg duk sepah tu. lepas 2-3 minit, nmpk adunan dh putih gebu, blh kaler2 n kukus. senang kan :) sbb tun suka rasa masin kelapa tu lawan dgn manis apam, tun wat ala2 puteri ayu. tp lupa pulak nk letak tepung sket dlm kelapa tu, jd dia x terbentuk elok. xpe la, sedap jugak.


Apam Marmar
Sumber: CMG@myr

Bahan2 (tin 10 inci - ni ada lubang kt tengah) - tun guna acuan puteri ayu

  • 250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
  • 200 ml santan- tun guna santan kotak
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2) 
Cara2:
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong. 

8 comments:

quinnie said... [Reply]

tun kita tak pernah buat apam marmar cmg ni....haisss teringin pulak bila tengok dia cantik belang2 cam gini..kekeke

Anna Qawina said... [Reply]

comeinyer..nak 2 ketui tun..

Gee® said... [Reply]

canteknya apam... suka main kaler yer...

Sari Yusa Ibrahim said... [Reply]

macam pelangi Tun, cantik macam tuan yg membuatnya...

Kak Rose said... [Reply]

waaaa.... ada apam yg dah jd puteri... ayunya. rasa nak makan lak!

Kak Sam said... [Reply]

Ermmm ghajin..ghajin..gahjin. suka tapi malas nak buat.

kak ijan said... [Reply]

Cantik puteri nya tu. memang ayu. hehe :D

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

alololoo... comey nyaaaa ... ayu gitu.. hehehe.. cantik ler apam marmar tu tun... nampak menarik buat gini