Wednesday, February 22, 2012

Shepherd Pie


Assalamualaikumm ^^

baru balik dr dapur kak yatie, tgk dia tunjuk shepherd pie... terus teringat yg tun blom letak lg shepherd pie ni kat blog.. hehe... buat 2 hari lepas. sbb tun x makan daging, so guna ayam.. sedap sgt!! tp.. tgk laa rupa dia yg buruk tuu.. uuu uuuuu.... sbb xde masher, tun mash kan dgn garpu je potato tu. pastu bila nk paipkan cantik2, dia tersumbat :( uhuk uhuk... xleh nk paipkan sbb x smooth. terpaksa la drop2 n penyet2 je atas tu. 


rupa xde, tp rasa 2 thumbs up!

resepi asal dr chef hanieliza, tp di guda oleh kak ummi cayang.. tq buat dua2 chef yg hebat! /XD nmpk je panjang ni, nk buat senang je ^^

SHEPHERD'S PIE
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar - tun guna dada ayam, diced
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - akak x letak pun
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun)
  • Garam secukup rasa


Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

14 comments:

ijayuji said... [Reply]

Salam tun! akak dtg awal lagi niii nak se remekin tuu ya :D td g umah kak yatie pun ada SP nii, giliran kita tunggu dulu :D ada bhn yg takde :D

KakAsma said... [Reply]

wah..dah kuar sherpie dia..akak ada salin resipi nie dah lama dulu..tapi tak pernah terbuat..kena merajinkan diri kot kalau nak buat..akak suka makan kuih ada inti inti nie :)

Cheq Sue said... [Reply]

teringat SP kite yang sebijik tu dulu... punya la nak rasa, nak makan sampai buat guna kentang sebiji aje... haish... memang sedap kan, tambah2 bagi kentang lover ni

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... [Reply]

Janji sedap la Tun,kegemaran anak2 kak ros ni

Yatie said... [Reply]

Assalamualaikum Tun,
uwaaa menu kita samalah..mmng sedapkan..akak pun berangan nak paipkan cantik kentang tu mcm K.Ummi, tapi malas melanda sbb anak2 dah tak sabor nak merasa..diaorang kata kentang lenyek gitewww je pun dah sedap sbb lemak2 masin..tu yg buat biasa2 jek..

dZana said... [Reply]

mlm2 mengintai dapur tun.. tgok pun dah sedap tun.. hihihi.. lapar pulak mlm2 ni

quinnie said... [Reply]

alamak tunnnnn...sedapnyaaaaa..kita tak pernah buat lagi...nak cuba lah....:)

Gee® said... [Reply]

Waaaaa...ramainya buat shepperd pie... k.gee pon dh cuba buat... memang sedap... hb k.gee mmg fav yg base kentang ni...

Ummi said... [Reply]

Assalam Tun cayang, dah selongkar dapur akak tu kemas balik ke idak? hehe...amboiii buat SP makan sorang2 jer eh...x jemput akak..x aci tauu... Ni mesti dah habis baru tayang nih...mcm akak la jgk, hahhaa.. Lama dah x mensheped nih! Maleh masak la skrg Tun, byk hal sgt nak dikejarkan... ^__^

Ummi said... [Reply]

Jap nak congrats Tun, sebab dah buang verification words yang merimaskan akak sblm nih...hehhee..Lega sikit...muaahhsss!

cik cek said... [Reply]

Tunnnnn....nak sebekas...memang 2 ..3 hari ni dok teringin nak benda ni...nak buat malasnya...heeee:)

izahdaut said... [Reply]

ada lebih ke? meh bagi 2,3 mangkuk. hehe

Naz / Nadz COSK said... [Reply]

Assallamualaikum Tun..
Tun, mmg sedap ni.. Kak Naz suka.. Hantar mai sini sikit..

kak ijan said... [Reply]

Kak Ijan bawakan piping beg untuk Tun ni. Piping beg kak ijan tak tersumbat tapi bocor kot tepi. wakaka... hati hati menggunakan nya :D