Saturday, March 17, 2012

Baked Garlic Potato Wedges


Assalamualaikum~~

saya mengantuk! huhu.. arini misi mengemas rumah, walaupun kebanyakan nyer my laling yg buat. hoho.. bak kata kak zana, ISO dia terlalu tinggi. senang2 biar dia je yg buat kan. kui kui.. tun duk kat dapur pura2 bz :P 

td pergi kenduri kawin kawan my laling, 1st time gi kenduri kawin org sarawak ni. siap ada kek lapis, tp xde nasi minyak :( dh lama x makan nasi minyak. td ada nasi putih, lauk udang masak apa ntah, pastu ayam ala2 rendang, sayur campur, dan ikan kering. not bad la, walaupun kombinasi lauk tu pelik sket. tp at least xde masak kuah isi kelapa yg pelik tu.. hehe.. marah org sarawak kalau baca nih.


ok la.. tun jarang2 update masa wiken kan, tp skrg ni sbb mengantuk dan sakit kepala, xleh nk buat kerja lain, buka la blog ni kejap. nk tido, bibik ku tgh uli roti, nnti kan terover proff pulak roti tu.  wedges ni ganding ngan Crispy Baked 'Fried' Chicken semalam. ayam dh bakar, xkan wedges nk goreng kan.. wedges pun bakar jugak lah :)

Baked Garlic Potato Wedges
Adapted: Purple Foodie and Lottie + Doof
Source: Edible Garden
Source: tun telani

Bahan2
  • 2 bj potato- saiz besar
  • 4 bj bawang putih- tumbuk
  • 4 sb olive oil
  • 3 sb tepung jagung
  • 1 1/2 sk garam
  • 1 1/2 sk serbuk lada hitam
  • ½ sk paprika
  • ½ sk garlic powder (optional) - xde

Cara2:

  • Panaskan olive oil dan bawang putih dlm microwave (suhu rendah) atau atas dapur (api perlahan). biarkan sebentar hingga bawang putih lembut dan bau bawang menyerap dlm minyak. Panaskan over 200 C.
  • Bersihkan kentang, buang kulit jika suka. Potong kpd 12 bahagian wedges, dan rebus separuh masak. Jgn rebus lama sgt nnti kentang hancur. tun rebus dlm 4-5 minit.
  • Toskan kentang yg dh separuh masak dan masukkan dlm mangkuk. curahkan minyak zaitun dan bahan2 lain dlm tu. Gaul2kan hingga bercampur semua.
  • susun atas loyang (jgn sampai bertindih) dan bakar 30-40 minit hingga golden brown.

    10 comments:

    ijayuji said... [Reply]

    Salam tun! eeeeeeeeeee.... rasa mcm nak tubit2 ajerr dia tau! ehehe... akak punyer lah blur masa nak bakar ayam tadi, nak letak kentang ke takk, asyik kentang bakar gituu jerr mcm tak best pulak kan, dah jemu, nmpk tunnyer kentang ni menyesal sungguh :D dah kenyang dah niii huh!

    Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... [Reply]

    Salam Tun,sedap ni buat kunyah2 waktu petang.

    Mama Hawa/Mama Nani said... [Reply]

    healthy style food :) mmg best!!

    izahdaut said... [Reply]

    wiiiiiiii sedapnya.. memang rajin betul adik ku sorang ni masak2.. akak dah lama tak masak lauk pauk dik.. memang makan daun je ank beranak. hahaha..

    LinRosly said... [Reply]

    Assalamualaikum Tun...

    Kak Lin suka potato wages ni...ada resepi kat sini bolehlah Kak Lin cuba nanti...

    Terima kasih Tun Sayang....

    quinnie said... [Reply]

    sedapnya tun..kita suka kentang bakar garlic cam gini...

    oo kat sana tak dek nasi minyak ye? hehehe..nak makan kena masak sendiri la nampaknya ye tun..hehehe

    Nieza said... [Reply]

    sedapx2 hubby akak suka buat kentang msk gini. bestnyer tun pergi kenduri..lama dah akak tak gi kenduri sejak dok sini kenduri kecilx2 jer la.

    Ezadlieza said... [Reply]

    Tun akak terlambat dtg ni... mesti dah habiskan... nampak menarik nih...

    anymz said... [Reply]

    salam tun,baru dpt singgah..sibuk le sgt akak ni kan.?konon2nya lah..hehe

    meh sini kentang tu..makan sambil nonton TV..mmg tak sedor langsung tambah lemak tepu dlm badan..akak suka mkn kentang..:)

    Wattie said... [Reply]

    Salam Tun,
    Yang ni kalau paipkan mayonaise, fuhhh....terangkat habihhh