Thursday, March 1, 2012

Siakap Kukus

isi yg sgt sedap!

Assalamualaikumm ^^

arini tunjuk menu sihat :D rasa2nya ni 1st time tun masak ikan siakap ni. biasa tau makan je. haha.. hasben tun beli ikan siakap sekor yg sgt besar! sekilo 20inggit, mahal rupa2nya ikan ni, patut la isi sedap. biasanya tun x bape nk boleh telan ikan kukus, tp siakap ni x hanyir langsung. tun kerat dua, separuh kukus, separuh lg bakar. yg bakar tu xyah letak resepi la, sbb bakar kosong ngan garam pastu kunyit sket.

sbb tun xpernah masak ikan ni, tun gugel laa.. (the wonderr of technology! mcm mana la dulu2 hidup xde intenet kan? ). ni resepi pertama yg ternmpak di mata tun.. <- nk direct translation caught my eyes, tp bunyi pelik je.. hihi

muka dia garang lah

resepi dr ifah dr myresepi. mmg simple dan sedap.. my laling makan sambil puji2 sedap :X tun buat separuh dr resepi asal ye.

Siakap Stim
resepi: ifah@myr

Bahan-bahan ( 5 org makan )
  • ikan siakap
  • 1 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 btg serai*
  • 5 ulas bwg merah*
  • serbuk lada hitam
  • sos tiram 4-5 camca besar- utk separuh resepi, tun letak 1 sudu besar je
  • 2 biji limau nipis di perah air
  • 2 biji lada besar- tun letak cili padi
  • 1 biji buah tomato potong dadu
  • daun sup- tun letak daun saleri
  • garam secukup rasa 
  • sayur masin- tun tambah
  • * ditumbuk/ blend
Cara-cara
  • bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam,& sos tiram..perap 15menit..
  • tabur atas ikan lada merah, tomato n daun sup.. tomato sy guna kan kos nk suh masam skit..jd akan balance dengan sos tiram..
  • stim la ikan siakap tu..kira2 20 menit.. kira 5 menit sebelum angkat..bubuh la air perahan limau nipis tu.. hmmm, pasti tak sabar nk mkn bila baunyer..huhu..sedappp..

6 comments:

Nieza said... [Reply]

assalam tun, akak suka ikan siakap.memang suka sgt mkn kukus-kukus gini.kalau buat suka meratah gitu jer..hehe

Mas said... [Reply]

tun..sedapnya siakap kukus...
kak mas jarang kukus ikan ni..
hubby kureng sikit la kukus ni..
tu yg byk goreng ngan bako..he3

EmbunRosaliza said... [Reply]

Assalam tun, menu sihat tapi kalo akk lari diet ni, mau bertambah2 nasi, mmg sedap isi ikan ni, lembut n lemak je rasa

quinnie said... [Reply]

dah lama betul kita tak masak stim ni tun...tak dek ikan yg sesuai ler..teringin nye nak makan...:)

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

Assalamualaikum tun...
ehhehe... muka dia garang x per.. asalkan sedap d makan... hihii... kalau hubby akak mmg suka sgt makan ikan kukus... sedap

E-na Art Studio said... [Reply]

rindunya ikan siakap! xpe2 nnt balik mesia leh mkn...insyaallah...